




Fokus Utama Bimbingan
Guru Mursyid yang Siddiq




Teras Kami
Teras Bimbingan Jamaah Tazkirah Jilani
Kami berdiri di atas tiga teras utama yang menjadi panduan dalam setiap langkah dakwah dan pendidikan keruhanian.
Tauhid Suci
Penyucian Jiwa
Sanad Keilmuan
Memurnikan akidah dan mengesakan Allah, menjauhkan syirik serta bid'ah dalam setiap aspek kehidupan.
Melalui tazkiyah an-nafs, kami membimbing individu membersihkan hati dari sifat tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah.
Menyambung rantai ilmu yang sahih dari generasi ke generasi, memastikan keaslian ajaran Rasulullah ﷺ.

Program Kami
Menyuburkan Ruhani, Memperkukuh Ukhuwah
Majlis Zikir &
Majlis Tawajjuh Naqsyabandiah
Pengajian Kitab
Program Suluk
Khidmat Masyarakat
Perhimpunan bulanan untuk berzikir, berselawat, dan memuji Allah serta Rasul-Nya dalam suasana tenang.
Sesi pengajian kitab bagi mendalami Ilmu agama dan penyucian jiwa di bawah bimbingan Guru Mursyid yang Siddiq.
Kesempatan untuk mengasingkan diri di Madrasah Suluk Klang, meningkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Ilahi.
Inisiatif dakwah yang menjangkau komuniti, menyalurkan bantuan dan menyebarkan Ilmu kepada yang memerlukan.



Khazanah Ilmu
Kitab Kewajipan Amal Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Kitab Kewajipan Amal Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ menghuraikan kepentingan mengamalkan Syari'at dan Toriqat secara seiring sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
Kitab ini membimbing pembaca memahami bahawa Syari'at menjadi asas ketaatan zahir, manakala Toriqat merupakan jalan penyucian hati dan penyempurnaan akhlak dalam mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.
Dengan penerangan yang jelas dan berlandaskan ajaran Islam yang sahih, kitab ini menjadi panduan untuk membina kehidupan yang seimbang antara amalan zahir dan batin demi mencapai Keredhaan Allah Ta'ala.
Kitab Peringatan Bagi Yang Lupa
Penyakit Hati Bahaya Tidak Disedari
70 Dosa Besar Hati
Peringatan Bagi Yang Lupa: Penyakit Hati Bahaya Tidak Disedari – 70 Dosa Besar Hati merupakan sebuah siri Kitab yang membimbing Ummat Islam mengenali penyakit-penyakit hati yang sering tidak disedari, namun mampu merosakkan iman, amal dan hubungan seorang hamba dengan Allah Ta'ala.
Setiap Siri menghuraikan satu demi satu dosa besar hati berserta peringatan, muhasabah dan jalan penyucian jiwa agar pembaca dapat kembali membina hati yang ikhlas, bersih dan sentiasa berada di bawah keredaan Allah Ta'ala.
Risalah Peringatan Bagi Yang Lupa
Setitis Tinta, Seuntai Kasih...
Setitis tinta yang lahir daripada kasih seorang Guru Mursyid yang Siddiq, menjadi untaian nasihat untuk menyedarkan hati yang lalai. Setiap Risalah mengajak pembaca bermuhasabah, membersihkan jiwa, mengenali hakikat kehidupan serta kembali kepada Allah Ta'ala dengan penuh keikhlasan.
Semoga setiap helaian menjadi asbab terbukanya pintu hidayah, menghidupkan hati dengan Cahaya Iman, memperteguhkan hubungan dengan Allah Ta'ala, dan melahirkan insan yang sentiasa mengingati-Nya dalam setiap detik kehidupan.


Detik Kebersamaan
Galeri Program & Majlis Ilmu
Saksikan suasana tenang dan penuh keberkatan dalam majlis-majlis ilmu serta program kemasyarakatan kami.







Momen
Galeri dokumentasi bergambar yang menghimpunkan program, majlis, lawatan, pertemuan dan aktiviti rasmi bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, disusun secara sistematik sebagai rekod, rujukan dan dokumentasi pertubuhan

Berhubung Dengan Kami
Sertai Komuniti
Jamaah Tazkirah Jilani
Kami sedia membantu menjawab pertanyaan anda mengenai majlis ilmu, terbitan, atau sumbangan. Isi borang di bawah dan kami akan menghubungi anda segera.







