بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berlandaskan Al-Quran, Sunnah Rasulullah ﷺ serta Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Koleksi Visual

Video

Ikuti himpunan video rasmi Jamaah Tazkirah Jilani yang memuatkan pelbagai perkongsian ilmu, tazkirah, nasihat Guru Mursyid Yang Siddiq.

Semoga setiap video yang dikongsikan menjadi manfaat, menambahkan kefahaman agama, menghidupkan hati dengan mengingati Allah Ta'ala serta mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan umat Islam.

Koleksi Visual

Galeri

Galeri ini menghimpunkan koleksi gambar-gambar rasmi yang merakamkan perjalanan, aktiviti dan program Jamaah Tazkirah Jilani, termasuk kuliah ilmu serta pelbagai aktiviti dakwah yang telah dilaksanakan.

Semoga setiap rakaman menjadi kenangan yang berharga serta menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala melalui Jalan Ilmu, zikir dan tarbiah ruhani.

Koleksi Visual

Takwim Aktiviti

Takwim Aktiviti menyediakan maklumat lengkap mengenai jadual program dan aktiviti rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani. Ia menjadi panduan kepada ahli dan masyarakat untuk mengikuti setiap program dakwah, pengajian, tarbiah dan pembangunan rohani yang dianjurkan sepanjang tahun.

Koleksi Visual

Poster Program

Poster Program merupakan pusat hebahan rasmi yang menghimpunkan poster-poster program dan aktiviti Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani. Setiap poster mengandungi maklumat lengkap mengenai program yang akan berlangsung sebagai panduan kepada ahli dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha menimba ilmu, memperkukuhkan ukhuwah serta menghayati kehidupan beragama.

Momen Keberkatan

Himpunan Gambar Program Dakwah

Dokumentasi visual yang merakamkan keharmonian ukhuwah dan kesungguhan dalam menuntut ilmu.

Langgani Saluran Media Rasmi Kami

Jangan ketinggalan ikuti nasihat dan pengajian dari Jamaah Tazkirah Jilani.