بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Silsilah Toriqah

Rantaian sanad Guru Mursyid yang Siddiq
bersambung daripada Rasulullah ﷺ melalui
para Masyaikh Toriqah Naqsyabandiah Al-Kholidiyya
h

Bimbingan Ruhani

Pendidikan & Tarbiyah Jiwa

Pewaris Silsilah

Beliau merupakan Pewaris ke-37 dalam Rantaian Emas Silsilah Toriqah Naqsyabandiah, sebuah Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang sanad perguruannya bersambung sehingga kepada Rasulullah ﷺ.

Guru

Al-Marhum Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu Anhu.
Pewaris ke-36 Rantaian Emas Silsilah Toriqah Naqsyabandiah, Toriqah Mu'tabarah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

(Wafat: 11 Syawal 1409 Hijrah / 17 Mei 1989 Masihi)

Tauliah Mengajar Agama Islam

Beliau merupakan Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama negeri seperti berikut:

Negeri Selangor

Penceramah Bertauliah Negeri Selangor
No. Tauliah: 6338/2-2026 (MB)

Negeri Perak

Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perak
No. Sijil Tauliah: 135/2021

Penasihat

Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran:
PPM-007-10-15112022

Profil
Guru Mursyid yang Siddiq

Keaslian Ilmu

Silsilah bukan sekadar nama..
Ia adalah rantai perwarisan, Ilmu, Cahaya Ketuhanan dan Nur Muhammad yang
Allah Ta'ala Limpahkan
ke dalam dada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)....

Setiap ajaran dan bimbingan yang disampaikan oleh Guru Mursyid berakar umbi dari Silsilah keilmuan yang sahih. Sanad ini bersambung terus kepada para ulama salafussoleh dan akhirnya kepada Rasulullah ﷺ, menjamin keaslian serta keberkatan setiap langkah tazkiyah an-nafs.

Keaslian Ilmu

Setiap ajaran dan bimbingan yang disampaikan oleh Guru Mursyid berakar umbi dari Silsilah keilmuan yang sahih. Sanad ini bersambung terus kepada para ulama salafussoleh dan akhirnya kepada Rasulullah ﷺ, menjamin keaslian serta keberkatan setiap langkah tazkiyah an-nafs.

Akses Ilmu,
Suburkan Jiwa

Teruskan menimba Ilmu dan menyuburkan hati melalui perkongsian yang penuh hikmah