بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Guru Mursyid yang Siddiq

Kenali Tuan Guru Mursyid yang Siddiq melalui biodata, perjalanan hidup, kelayakan membimbing serta Kitab-kitab pengajian yang menjadi panduan dalam mendidik Ummat Islam menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.

Profil
Guru Mursyid yang Siddiq

Memimpin manusia menurut Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah di dalam satu Sistem Pendidikan yang tersusun dan terlengkap dipanggil Madrasah Ahli Sufi atau Ahli Ma'rifat.

Alhamdulillah, besarnya Rahmat Allah. Beliau layak dan Di-Beri Ijazah untuk memimpin Suluk selama 40 hari di mana-mana tempat jua. Alhamdulillah, besarnya Nikmat Allah.

Amanah dan Di-Ijazahkan

Tuan Guru Mursyid membimbing dan mendidik Ummat Islam melalui pengajian kitab-kitab Tasawwuf dan Toriqah yang muktabar menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Kitab-kitab ini menjadi rujukan utama dalam membentuk akhlak, menyucikan jiwa, memperkukuhkan keimanan serta mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.

Kitab Pengajian

Semua Kitab di atas diajar dan dihuraikan oleh Tuan Guru Mursyid mengikut
Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah serta menjadi asas dalam
pembinaan akidah, penyucian jiwa (tazkiyatun nafs), pembentukan akhlak dan
perjalanan menuju Keredhaan Allah Ta'ala.

(Baca: Tauhid Tinggi)

Telah dianugerahkan kepada Maqam Musyahadah Mukasyafah tertinggi.

Dengan demikian, In Shaa Allah, dengan Rahmat Allah boleh mendidik keruhanian hamba-hamba Allah dari tingkatan paling bawah sehingga kepada tingkatan tertinggi Ma'rifat, iaitu Peringkat Musyahadah Mukasyafah (baca: Tauhid peringkat tertinggi).
In Shaa Allah.

Kata Guru

"Peringkat Ma'rifat tertinggi ini jarang-jarang orang dapat mencapainya. Tetapi jika seseorang hamba itu benar-benar ikhlas dan sungguh-sungguh, In Shaa Allah akan terbuka pintu-pintu Ma'rifat dengan Rahmat Allah Ta'ala."

Kelayakan Mendidik
kepada Ma'rifat

Menurut kata Guru, pencapaian Tauhid di dalam Disiplin Ma'rifat inilah Tauhid yang suci murni, iaitu hati seseorang hamba Allah suci bersih daripada sekalian Syirik Khafi dan mazmumah dan ghaflah.

Jika seseorang TIDAK mujahadah pada Jalan Allah ini, maka dia TIDAK akan memperoleh Tauhid yang suci murni ini. Dia akan sentiasa diselubungi Syirik Khafi dan mazmumah dan ghaflah.

Ini termasuklah alim fekah, alim kitab yang mahir dalam Ilmu alat, hafiz Al-Qur'an dan lain-lain yang TIDAK melalui Pendidikan di bawah pimpinan Shaikh Mursyid ini, mereka takkan mampu keluar dari kekejian hati dan kesyirikan. (Sepakat Ulama Ma'rifat). Mereka akan sentiasa diselubungi was-was dan kekeruhan hati.

Tahap Pencapaian Ma'rifat (Tauhid Suci Murni)

Menurut beliau lagi, tingkatan-tingkatan Tauhid yang akan ditempuh oleh murid yang Salik adalah seperti berikut:

Kesemua Tingkatan Tauhid di atas dicapai melalui berbagai Latihan Mujahadah lawan nafsu-nafsu kejahatan berserta Zikrullah, Muraqabah dan Musyahadah seperti berikut:

Penjelasan Ringkas
Perjalanan Hidup
Guru Mursyid yang Siddiq