بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

( Siri 1 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari

Blog post description.

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

8/18/20261 min read

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

( Siri 1 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI”

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Firman Allah :

قُلْ إِنَّمَآ أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَى إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـهُكُمْ إِلَـهٌ وَاحِدٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا “

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

[Al-Kahf (18) : 110]

Allah Ta’ala perintahkan kepada manusia supaya menyembah Allah dan hanya menyembah Dia. Inilah DASAR seruan yang dibawa oleh sekalian Anbiya’ iaitu mentauhidkan Allah dengan sebenar TAUHID dan jangan sesekali syirik (mempersekutukan) Allah Ta’ala di dalam I’tiqad (keyakinan hati), perkataan maupun perbuatan. Sama ada di dalam Ibadah atau pun di dalam muamalah kehidupan harian.

Makna mempersekutukan Allah adalah menyembah sujud selain Allah atau mengambil selain Allah sebagai Tuhan yang ditaati atau secara maknawiyyah menjadikan sekutu2 Allah di dalam hati.

Manusia Muslim yang beriman yang ada Iman walau Iman sebesar zarrah di dalam hatinya TIDAK akan sama sekali sembah berhala atau matahari.

Kita tak pernah melihat orang beriman sembah sujud kepada matahari

Kita tak akan melihat orang beriman kepada sembah batu dan kayu.

Kita tak akan melihat orang beriman pergi ke tokong sembah patung2.

TETAPI ramai orang Islam tidak terlepas dari penyembahan "berhala hati”.

Walaupun jasadnya tak pernah sembah sujud kepada patung2 buatan manusia. Tetapi dia sering mengunjungi berhala2 hati berupa nafsu, kekayaan, pangkat, kedudukan, makhluk, kehebatan sains teknologi, kehebatan manusia, kehebatan diri.

Bersambung siri 2 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳