( Siri 2 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari
Blog post description.
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
( Siri 2 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ Menurut huraian Ulama, Inilah sembahan2 hati yang paling lumrah bagi manusia iaitu ;
‘penyembahan kepada nafsu/diri sendiri’,
“penyembahan kepada kekuatan atau kemampuan diri”
“penyembahan kepada penguasa2/pemerintah”
‘penyembahan kepada dunia dan perhiasannya’,
‘penyembahan kepada pangkat dan kekayaan’,
‘penyembahan kepada kedudukan dan jawatan’,
‘penyembahan kepada wanita’,
'penyembahan kepada kehebatan sains dan teknologi dll.
Bentuk penyembahan2 / berhala hati ini digambarkan di dalam beberapa ayat Allah:
Firman Allah:
أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
[Al-Furqan, (25) : 43 ]
Firman Allah :
اتَّخَذُواْ أَحْبَـرَهُمْ وَرُهْبَـنَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهاً وَحِداً لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَـنَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak di sembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan
[At-Taubah 31]
Bersambung siri 3 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



