بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

( Siri 3 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari

Blog post description.

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

8/18/20261 min read

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

( Siri 3 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ Rasulullah ﷺ memberi tafsiran menyembah pendeta/penguasa di dalam hadis berikut....

Adi bin Hatim (ketika itu belum Islam) menghadap Rasulullah ﷺ dengan salib di lehernya, dia berkata: ”Mereka tidak pernah menyembah (para pendeta)” Rasulullah bersabda: ˜Ya (mereka menyembah para pendeta). Jika (para pendeta) mengharamkan kepada mereka sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram, mereka mengikuti (para pendeta itu) maka itulah cara mereka menyembah pendeta mereka”

[Imam Ahmad dan At-Tirmidzi].

Nah! Bukankah jelas nafsu yang dita’ati, makhluk yang dita’ati di dalam kebatilan , makhluk yang dijadikan matlamat hidup, makhluk yang dijadikan sandaran dan pergantungan hidup adalah semua ini disebut “ sembahan2” lain dari Allah. Atau ianya disebut “berhala2 hati” yang wujud di dalam diri setiap manusia.

Bersambung siri 4 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳