( Siri 4 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari
Blog post description.
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
( Siri 4 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ Menurut pegangan Ahlus Sunnah, Syirik terbahagi kepada 2 bahagian besar :
Pertama : Syirik Akbar /Syirik Jali
-------------------------------------------------
Ini adalah Syirik Besar yang menjadikan seseorang murtad (keluar dari Agama).
Sebab2 terjadinya adalah kerana I'tiqad (yakin di dalam hati) , perkataan atau perbuatan yang menunjukkan secara terangan2 akan penyembahan kepada selain Allah. Seperti perbuatan menyembah tokong, menyembah berhala, menyembah matahari. Atau di dalam perkataan secara terangan2 berkata : Ada hukum selain hukum Allah. Atau seseorang i'tiqad (yakin di dalam hati) bahawa ada sembahan selain Allah.
Semua ini menjadikan seseorang Muslim MURTAD terus. Tiada maaf kecuali dia mengucap Syahadah kembali dan bertaubat sungguh2 tidak akan mengulangi lagi.
Kedua : Syirik Khafi (tersembunyi)
----------------------------------------------------
Syirik khafi adalah syirik tersembunyi. Ianya dikatakan syirik yang tersembunyi kerana syirik ini terpendam di dalam hati. Tidak di ketahui oleh manusia lain kecuali dirinya dengan Allah Ta'ala. Namun ada kalanya syirik tersembunyi ini akan terzahir/terpancar dari perkataan dan perbuatan seseorang yang memiliki sifat2 ini.
Adakalanya syirik terpendam ini terzahir di dalam keadaan kehidupan biasa atau mungkin juga ketika terjadi suatu peristiwa yang menggugah perasaannya. Atau suatu cabaran yang menggugat kedudukannya pada pandangan manusia. Contoh yang paling besar besar di dalam kejadian manusia adalah kisah Iblis dengan Nabi Adam. (akan datang penjelasan kemudian. Insya Allah)
Menurut Ulama Ahlus Sunnah, Syirik khafi TIDAK menggugurkan IMAN seseorang, tetapi jika seseorang mengekali syirik2 ini tanpa taubat dan tidak berusaha bersungguh2 menjauhkannya, maka ia boleh membawa kepada KEROSAKAN IMAN dan boleh BINASAKAN AMAL seseorang seperti api memakan sekam.
Bersambung siri 5 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



