( Siri 5 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari
Blog post description.
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
( Siri 5 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ Dari suatu sudut pandang, Syirik khafi ini tidak kurang bahayanya dengan Syirik Jali kerana lazimnya syirik ini tidak kelihatan lantaran terpendam di dalam hati. Oleh kerana ini Nabi bersabda :
Dari Ibnu Abbas , Rasulullah ﷺ bersabda:
" Syirik yang dilakukan umatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar ".- (Al Hakim)
Bersabda Rasulullah ﷺ
"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?"
[Imam Ahmad]
Sabda Rasulullah ﷺ
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
Demikian sebahagian dari Hadith2 Nabi yang menceritakan bahaya nya syirik khafi .
Bersambung siri 6 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



