( Siri 6 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari
Blog post description.
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
( Siri 6 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ Menurut pembahgian Ulama Ahlus Sunnah, sekurang2 ada 5 perkara yang menyebabkan seseorang jatuh kepada syirik khafi.
(1) Tawakkal (bergantung hati) kepada makhluk.
----------------------------------------------------
Melihat diri atau atau menyandarkan pada diri sendiri suatu amal kebaikan atau bergantung hati kepada makhluk lain (sama ada manusia atau jamadat) memberi manfaat atau menolak mudarat adalah syirik khafi.
Syirik khafi jenis ini paling lumrah berlaku kepada manusia. Iaitu seseorang melihat dirinya melakukan ibadah yang banyak, atau melihat dirinya mempunyai kebijaksanaan dan kehebatan sehingga berjaya memperoleh suatu kebaikan di dalam hidupnya. Atau menyandarkan sesuatu kebaikan yang diperoleh disebabkan manusia lain atau benda2 yang dijadikan oleh Allah seperti ubat-ubatan atau ketinggian sains dan teknologi dsb. Semua pegangan seperti ini adalah temasuk syirik khafi kerana mempersekutukan Allah pada Af’al Allah (perbuatan-Nya) dan Sifat-Nya!
Contoh 1 :
Seseorang yang dapat melakukan ibadah yang banyak lalu merasakan dirinya yang memperbuat amal tanpa menyandarkan keberhasilan ibadah kepada Allah adalah melakukan syirik khafi.
Contoh 2:
Seorang mahasiswa yang berjaya mendapat pangkat tinggi di dalam pelajarannya , berkata di dalam hati bahwa kejayaan itu adalah hasil usahanya sendiri atau disebabkan pertolongan manusia lain.
Contoh 3 :
Seorang Pengetua Sekolah yang berjaya membawa sekolahnya menjadi terkenal, merasakan di dalam dirinya, semua kejayaan tersebut dicapai dengan hasil usahanya atau dicapai dengan bantuan manusia lain.
Contoh 4:
Seorang doktor yang berjaya di dalam suatu urusannya mengubati pesakit berkata di dalam hatinya bahawa pesakit tersebut sembuh disebabkan kehebatan usaha ikhtiarnya serta kepakarannya.
Contoh 5:
Seorang usahawan yang menjadi kaya-raya mengaku di dalam hatinya bahawa kekayaan tersebut adalah dari usahanya yang gigih, kerana kepakarannya di dalam dunia perniagaan dsb.
Semua ini dan contoh2 sepertinya adalah syirik khafi kerana menyandarkan diri pada amal atau meletakkan pergantungan pada amal atau meletakkan diri pada kedudukan mampu melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri atau makhluk lain sedangkan makhluk tidak mempuyai daya upaya sedikit pun !!!
Tidak ada yang mampu memberi kesembuhan melainkan Dia!
Tidak ada yang boleh memberikan kejayaan melainkan Dia!
Tidak ada yang mampu melepaskan diri dari segala bencana selain Dia!
Pokoknya tidak ada yang mampu memberi manfaat atau menolak suatu mudarat dari kamu melainkan Allah!
Sabda Nabi Sallalahu Alaihi wasallam :
“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluk sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah selesai ditulis suhuf (tempat tulisan takdir)”.
[Tirmizi, Ahmad]
Firman Allah :
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[al-Insan: 30]
Firman Allah
: وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
“dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.
[At-Takwir : 29]
Firman Allah :
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى “
“……………. dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar……”
[ Al-Anfal (8) : 17]
Bersambung siri 7 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



