بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

( Siri 7 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari

Blog post description.

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

8/18/20261 min read

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

( Siri 7 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ (2) ‘Ujub

-----------------

‘Ujub adalah rasa hairan dengan diri atau membanggakan diri atau merasai aman dengan adanya suatu kelebihan ni’mat pada diri seseorang. (Sifat ini berlaku di dalam diri seseorang walaupun tanpa hadir seseorang di hadapannya!)

‘Sifat ujub adalah satu syirik khafi yang membawa kepada kepincangan di dalam Tauhid dan merosakkan amal.

Firman Allah :

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan….……” [Al-Baqarah : 264]

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

"Tiga perkara yang membinasakan, iaitu kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti dan menghairani manusia (ujub) dengan dirinya.”

[Imam At-Tabarani]

Terjadi ‘ujub adalah di dalam hati, tanpa terzahir sifat rasa bangga dirinya pada tingkah laku atau perkataan. Ertinya wujudnya ‘ujub ini dalam hati walaupun tidak hadir seseorang pun di hadapannya.

Bersambung siri 8 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳