( Siri 8 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari
Blog post description.
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI
( Siri 8 )
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ (3) RIYA’
-----------------
Riya’ dalam beramal adalah melakukan sesuatu amal atau kebajikan dengan niat mendapat pujian makhluk atau bertujuan mendapat pangkat dan kedudukan.! (Ianya berlaku apabila hadir manusia lain di hadapannya atau sekitarnya. )(Lawannya adalah ikhlas!)
Firman Allah :
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَـتِهِمْ سَاهُونَ الَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
“Maka celakalah bagi orang2 yang bersembahyang, iaitu yang lalai di dalam sembahyangnya. Yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang”
[Al-Ma’un ; 4,5,6]
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
(4) SUM’AH
----------------------
Sum’ah adalah memperdengarkan suatu amal atau kebajikan atau kelebihan dirinya kepada manusia dengan harapan mereka memuji- nya. Sedangkan amal atau kebajikan yang diperbuat olehnya pada awalnya adalah terlindung/tidak diketahui oleh manusia.
Sabda Rasulullah ﷺ :
“sesiapa melakukan perbuatan sum’ah, nescaya Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa yang melakukan perbuatan riak, nescaya Allah akan memperlihatkan aibnya”
[Imam al-Bukhari dan Muslim]
Contoh 1 :
Seseorang yang beribadah malam sehingga bengkak kakinya. Tiada seorang pun tahu akan amal tersebut. Pada keesokan harinya dia pun menceritakan pada orang kakinya bengkak sebab berdiri lama untuk ibadah dengan tujuan orang2 yang mendengar akan memujinya sebagai orang yang hebat ibdahnya.
Contoh 2 :
Seseorang usahawan yang menjadi kaya menceritakan kebaikan2 pada dirinya supaya orang yang diperdengarkan itu memuji kelebihannya.
Bersambung siri 9 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳



