بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

( Siri 9 ) Bahaya Syirik Khafi Yang Tak Disedari

Blog post description.

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

8/18/20261 min read

BAHAYA SYIRIK KHAFI YANG TAK DISEDARI

( Siri 9 )

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYEMBAHAN KEPADA “BERHALA HATI” ... sambungan

□□□□□□□□□□□□□□□□□□□ (5) TAKABBUR (sombong/ angkuh)

----------------------------------------------------

Takabbur adalah membesarkan diri, merasai diri lebih hebat, lebih mulia, lebih tinggi dari orang lain. Sifat ini lahir dari hati dan adakalanya terzahir di dalam perkataan dan perbuatannya.

Akibat Takabbur :

Takabbur adalah di antara dosa yang sangat besar yang bukan sahaja membatalkan segala kebaikannya, bahkan lebih dari itu ianya boleh membawa kepada kekufuran kerana mencabar kekuasaan Allah.;

Sabda Rasulullah ﷺ : Firman Allah didalam Hadis Qudsi ;“

"Takabbur itu selendang-Ku dan Kebesaran itu kain sarung-Ku. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.”

[Imam Muslim]

Takabbur adalah sifat Iblis La’natullah :

Firman Allah :

وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَـئِكَةِ اسْجُدُواْ لاًّدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَـفِرِينَ

“Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takabbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.

[Al-Baqarah (2) : 34]

Kesemua syirik khafi ini adalah di sebut “ananiyyah” iaitu sifat keakuan keji yang bersarang di dalam hati. Seperti yang telah di sebut, syirik khafi MEROSAKKAN IMAN dan BATALKAN SEGALA AMAL. Jika dibiarkan tanpa berusaha memperbaiki diri, maka lambat laun ditakuti hati menjadi gelap, keras dan MATI. WaI Iyazubillah.

Sampai di sini sepatutnya kalian yang menjadi pakar2 motivasi dan juga peserta2 motivasi yang terpengaruh dengan ungkapan2 tersebut sudah sedar betapa bahayanya ungkapan2 tersebut.

Hanya di sisi Allah Hidayah dan Taufiq.

Wallahu A’lam

_________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳