70 DOSA BESAR HATI SIRI 1
Blog post description.
70 DOSA BESAR HATI
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعْمَةِ الْإِيمَانِ وَالْمَعْرِفَةِ،
وَالِاسْتِقَامَةِ عَلَى شَرِيعَةِ وَطَرِيقَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ، الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، النَّاصِرِ الْحَقَّ بِالْحَقِّ، الْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan Yang Memerintah sekalian Alam Semesta. Solawat dan Salam kasih kepada Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ yang menerangi seluruh alam dengan Sirr (Rahsia yang sangat mendalam) yang Allah Ta’ala Kurniakan kepada Baginda. Salam Kasih juga kepada Ahlul-Bayyit Baginda yang mulia, para Sahabat Baginda dan sekalian Pewaris Nabi yang terpilih, yang dilimpahi Cahaya Rabbaniyyah serta Cahaya Nubuwwah yang memakmurkan bumi dan langit dengan Kalimah Allah sampai Qiamat.
In shaa Allah mulai hari ini, Jamaah Tazkirah Jilani akan menyampaikan Risalah berkenaan Syari’at (Fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) Rasulullah ﷺ, yang haqiqatnya makin pupus. Maksudnya sebahagian orang Islam amalkan Syari’at (fiqh) semata-mata sedangkan Toriqat (Tasawwuf) diabaikan. Sebahagian lagi bersungguh-sungguh amalkan Toriqat (Tasawwuf) tetapi abaikan Syari’at (Fiqh). Menurut Ahlus Sunnah, kedua-duanya binasa kerana Syari’at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf), kedua-duanya merupakan Wahyu Allah Ta’ala. Barangsiapa meninggalkan satu daripadanya, maka mereka meninggalkan Agama Islam keseluruhannya.
Peringkat permulaan ini kami bawakan ilmu khusus berkenaan PENYAKIT HATI DAN BAHAYANYA berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wa Jama’ah. Kitab Rujukan utama kami adalah:
1. Sirrul Asrar Fi-Ma Yahtaju Ilayhil Abrar – Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu
2. Ihya Ulumuddin – Hujjatul Islam, Mujaddid Imam Ghazali Radhiallahu Anhu
3. Az-Zawaajir ‘An-Iqtiraf Al-Kabaair – Al-Imam Mujaddid Ibnu Hajar Haythami Radiallahu Anhu.
Moga menjadi amal kebaikan kepada sesiapa Sahaja menyebarkan Risalah ini.
Firman Allah:
ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan Taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya."
[Al-Maaidah (5) : Ayat 2]
PENYAKIT HATI
BAHAYA TIDAK DISEDARI
Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Perkasa turunkan peringatan sejagat kepada sekalian manusia, khususnya orang-orang beriman....
Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]
Ayat yang cukup pendek, tetapi membawa makna yang sangat mendalam. Bahkan boleh dikatakan inilah intisari Agama, intisari Tauhid, intisari Ibadah, intisari kehidupan dan kesudahan Insan.
Isyarat Pertama adalah UNTUNG atau RUGI:
Apakah yang dimaksudkan dengan "beruntung" dan apakah maksud "merugi"?
Apakah hakikat “untung” dan apakah hakikat "rugi"?
Siapakah yang untung dan siapakah yang rugi?
Bagaimanakah cara mencapai keberuntungan?
Bagaimanakah pula seseorang itu merugi?
Isyarat Kedua adalah HATI menjadi kotor:
Apakah makna hati kotor?
Bagaimanakah hati menjadi kotor?
Apakah anasir-anasir yang menjadikan hati itu kotor?
Apakah akibat hati yang kotor?
Isyarat Ketiga adalah Perintah Sucikan HATI:
Apakah makna sucikan hati?
Bagaimanakah sucikan hati ?
Apakah alat sucikan hati?
Apakah tanda-tanda hati telah suci?
PENYAKIT HATI
BAHAYA TIDAK DISEDARI
Analogi Penyakit Jasmani dan Penyakit Ruhani:
Menggulung sekalian persoalan AGUNG ini, mari kita perhatikan suatu analogi yang berhubung dengan kehidupan di dunia bagi mendekatkan faham.
Apabila seseorang dihidapi penyakit jasmani (tubuh badannya) yang berat, maka dia akan dibawa segera ke hospital untuk dirawat. Penyakitnya perlu dirawat segera kerana kelambatan akan membawa "maut" atau cederanya akan lebih parah. Doktor yang merawatnya mestilah orang yang pakar di dalam rawatan disebabkan seriusnya penyakit yang menimpa pesakit. Ubat-Ubatannya perlu yang terbaik. Pesakit itu diberi rawatan dan penjagaan rapi sehingga dia benar-benar sembuh.
Cuba perhatikan beberapa kunci di dalam analogi ini:
1. Penyakit yang serius
2. Rawatan segera kerana penyakitnya mengancam nyawa
3. Ubat dan penawar yang terbaik
4. Penjagaan yang rapi dan terkawal
5. Doktor pakar
Demikanlah keadaan cemas dan bergegasnya seseorang atau satu keluarga, bahkan satu masyarakat apabila ditimpa penyakit jasmani yang mengancam nyawanya. Begitu banyak usaha dan pengorbanan perlu dilakukan untuk menyelamatkan satu jiwa. Begitu banyak belanja dikeluarkan.
Bagaimanakah pula dengan "Penyakit Hati" yang menimpa manusia? Setiap manusia tidak terlepas dari penyakit hati. Akibat dari penyakit hati manusia, terjadi berbagai kerosakan kepada dirinya dan atas muka bumi. Penyakit hati ini menyebabkan seseorang itu menjadi zalim dan rakus akan dunia. Penyakit hati membawa kepada berbagai kerosakan pada Iman dan kemusnahan Ibadah. Penyakit hati membawa kepada kefasikan, kemunafikan atau kekafiran.
Penyakit jasad akan membawa "maut" dengan terpisahnya nyawa, tetapi "penyakit hati" akan membawa "maut" kepada Iman (Tauhid). Namun kebanyakan manusia tidak menyedarinya. Sebahagian orang menyedarinya tetapi tidak peduli kerana bukan jasadnya yang sakit. Sebahagian orang lain menyedarinya dan ingin merawat hatinya yang sakit, namun tidak berjumpa "doktor pakar" yang mampu merawatnya. Bersambung … In Shaa Allah!
Definisi Dosa:
Dosa digambarkan didalam Al-Qur'an dengan istilah yang berbeza-beza tetapi kesemuanya kembali kepada maksud dosa. Di antaranya :
Haramun ( حَراَمٌ ) — larangan, kejahatan, dosa
Ma'siatun ( مَعْصِيةٌ) — penentangan, pelanggaran
'Isyanun ( عِصْياَنٌ ) — penderhakaan, pembangkangan,
Fasadun ( فَساَدٌ) — kebusukan, kerosakan, kekejian
Zambun ( ذَنْبٌ ) — dosa, larangan, kejahatan
Khati'atun (خَطِيْئةٌ ) — dosa, kesalahan
Fusuqun ( فُسُوقٌ ) — penderhakaan
Fujurun (فُجُورٌ ) — derhaka, dedah kehormatan
Hinthun ( حِنْثٌ ) — lawan, langgar sumpah
Mungkarun ( مُنْكَرٌ ) — engkar, langgar larangan
Fahisyatun ( فاَحِشَتٌ ) — kekejian, yang memalukan
Ithmun (إِثْمٌ ) — dosa, kesalahan
Setiap pelanggaran atau penderhakaan atau keingkaran terhadap Perintah Allah, samada yang berupa suruhan atau larangan, samada yang bersifat zahir perbuatan atau kelakuan hati adalah termasuk didalam pengertian DOSA
Dosa Besar dan Dosa Kecil:
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu:
Seorang lelaki bertanya pada Ibn Abbas Radiallahu anhu:“Dosa besar itu berapa, adakah tujuh? Ibn Abbas Radhiallahu anhu menjawab: “Ya, tujuh sampai sekitar 700. Hanya tidak ada dosa besar yang disertai dengan Istighfar (Taubat Nasuha mengikut syarat-syaratnya), dan tidak ada dosa kecil bila dikerjakan terus menerus (tanpa taubat).
[Imam At-Tabrani]
Berkata Al-Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu Anhu:
Bagi kami Ulama mazhab Syafi’e, Batasan dosa besar ditinjau dari beberapa segi:
(1) Pelakunya diancam oleh Al-Qur’an atau Hadith dengan acaman berat.
(2) Al-Qur’an atau Hadith mengancam pelakunya dengan siksaan neraka.
(3) Al-Qur’an atau Hadith menyebut dengan jelas sebagai dosa besar.
(4) Dosa yang dilakukan terang-terangan sehingga pelakunya dinilai sebagai lemah Agama dan Fasiq.
(5) Setiap suatu dosa yang diharamkan pada perbuatan itu sendiri.
(6) Al-Qur’an atau Hadith melaknat pelakunya.
70 DOSA BESAR HATI
Berikut Adalah himpunan Dosa-Dosa Besar Hati dan yang mengikutnya berdasarkan Kitab Az-Zawaajir
Dosa besar 1 — Takabbur
Dosa besar 2 — Riya'
Dosa besar 3 — Sum'ah
Dosa besar 4 — 'Ujub
Dosa besar 5 — Tawakkal bi-ghairillah (tawakkal kepada selain Allah)
Dosa besar — Penjelasan Syirik khafi khusus
Dosa besar 6 — Su uzzon (Jahat sangka kepada Allah)
Dosa besar 7 — Putus Asa dari Rahmat Allah
Dosa besar 8 — Rasa aman dari Kemurkaan Allah
Dosa besar 9 — Kufur Ni'mat Allah
Dosa besar 10 — Dusta atas Nama Allah dan Rasul
Dosa besar 11 — Su uzzon kepada makhluq
Dosa besar 12 — Tajassus (mengintai2 kesalahan orang)
Dosa besar 13 — Kazib — pendusta
Dosa Besar 14 — Ghibah — Mengumpat
Dosa Besar 15 — Fitnah : reka cerita palsu / tuduhan palsu
Dosa Besar 16 — Hubbud-dunya — Cinta dunia (harta, cinta pangkat, kedudukan, kemuliaan di sisi manusia)
Dosa Besar 17 — Hasad (dengki)
Dosa Besar 18 — Ghadhab (pemarah)
Dosa Besar 19 — Bakhil (kedekut)
Dosa Besar 20 — Toma' (tamak)
Dosa Besar 21 — Khianat dan mungkir janji
Dosa Besar 22 — Cacki maki, mencarut,
Dosa Besar 23 — Mengejek
Dosa Besar 24 — Melaknat dan Menuduh kafir, fasiq, sesat
Dosa Besar 25 — Redha dengan ma'siat / kemungkaran
Dosa Besar 26 — Berbantah dan bertengkar
Dosa Besar 27 — Tuntut Ilmu Untuk habuan dunia
Dosa Besar 28 — Sembunyikan Ilmu / kebenaran
Dosa Besar 29 — Amal Tanpa Ilmu
Dosa Besar 30 — Gunakan Al-Qur'an Untuk kesombongan
Dosa Besar 31 — Pelopori Kejahatan / Sunnah yang buruk.
Dosa Besar 32 — Mendustakan Taqdir
Dosa Besar 33 — Bercakap sia-sa
Dosa Besar 34 — Berkata-kata yang batil
Dosa Besar 35 — Nyanyian dan Sya'ir yang melalaikan
Dosa Besar 36 — Tidak redha dengan Taqdir
Dosa Besar 37 — Sumpah palsu
Dosa Besar 38 — Lalai dari dosa-dosa kecil — Meremehkan dosa
Dosa Besar 39 — Pujian tanpa Haq
Dosa Besar 40 — Menakut-nakuti orang beriman
Dosa Besar 41 — Suka kepada orang fasiq
Dosa Besar 42 — Ungkit pemberian
Dosa Besar 43 — Enggan Sedekah Takut Miskin
Dosa Besar 44 — Muliakan Pemimpin Zalim
Dosa Besar 45 — Engkari kebaikan orang
Dosa Besar 46 — Sebarkan berita tanpa usul periksa
Dosa Besar 47 — Merancang kejahatan.
Dosa Besar 48 — Meremehkan Ulama Billah
Dosa Besar 49 — Menghina orang miskin kerana miskin
Dosa Besar 50 — Banyak bertanya
Dosa Besar 51 — Bocorkan Rahsia
Dosa Besar 52 — Menyakiti Allah
Dosa Besar 53 — Menyakiti Rasulullah
Dosa Besar 54 — Memusuhi Auliya Allah
Dosa Besar 55 — Abaikan Toriqat
Dosa Besar 56 — Tidak berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Dosa Besar 57 — Lalai dari Zikrullah (lupa kepada Allah)
Dosa Besar 58 — Menghina ahli Zikir
Dosa Besar 59 — Tidak Jawab Solawat Nabi
Dosa Besar 60 — Mencela, Caci-maki masa.
Dosa Besar 61 — Penjilat, Pengampu - Mudahanah
Dosa Besar 62 — 'Asabiyyah
Dosa Besar 63 — Buka 'aib orang lain
Dosa Besar 64 — Buka 'aib sendiri
Dosa Besar 65 — Megah, berlumba cari dunia
Dosa Besar 66 — Putus silatur-rahim
Dosa Besar 67 — Enggan memberi makan
Dosa Besar 68 — Menyumpah Musibah
Dosa Besar 69 — Tafsir Al-Qur'an dengan aqal
Dosa Besar 70 — Mufaraqah, Pisahkan diri dari Saf Ummat, Saf Ahlus Sunnah
****************************************************************************

