بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

70 Dosa Besar Hati: Siri 5

Peringatan Bagi Yang Lupa Penyakit Hati Bahaya Tidak Disedari

70 DOSA BESAR HATI

8/3/20262 min read

PENYAKIT HATI

BAHAYA TIDAK DISEDARI

MUQADDIMAH

(Sambungan)

Asal hati Insan suci, kemudian dikotori

Ketahuilah,

Asal insan adalah suci bersih. Ketika Allah Ta'ala Menjadikan Ruh Insan di Alam Nur, suatu Alam yang sangat tinggi dan suci, sekalian Ruh manusia di dalam keadaan suci bersih.

Ruh-ruh yang suci bersih ini menghadap Allah serta menyaksikan Wajah-Nya. Ertinya di alam penciptaan awal, sekalian Ruh manusia sudah kenal Allah tanpa sebarang Hijab (dinding atau halangan) - ketika mereka Di-Himpunkan oleh Allah di Alam yang Tinggi.

Ketika Allah Ta'ala Menghimpunkan sekalian Ruh Manusia di Alam Kesucian, lalu bertanya;

“Bukankah Aku Tuhan kamu?”

Maka ketika itu sekalian Ruh menjawab,

“Bahkan, kami menjadi saksi bahawa Engkaulah Tuhan kami.”

Sekalian Ruh insan menjadi saksi bahawa Allah adalah Rabb (Tuhan) mereka.


Firman Allah:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ ۛ شَهِدْنَآ ۛ أَن تَقُولُوا۟ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan (Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.”

[Al-A'raf (7) : Ayat 172]


Menurut Ahli Ma'rifat, Alam Nur dan Alam Kesucian yang dimaksudkan adalah Alam Lahut, Negeri asal bagi sekalian manusia.

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Dan dari Ruh Muhammad itulah, Allah Ta'ala Ciptakan semua Ruh di Alam Lahut di dalam bentuk terbaik yang hakiki. Itulah nama seluruh manusia di Alam Lahut. Alam Lahut adalah Negeri asal bagi seluruh manusia.”

[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilahil Abrar]

Ruh Insan di turun ke bumi

Ruh Insan diturunkan ke Alam Paling rendah (bumi). Ketika sampai masanya seseorang manusia Di-Jadikan, maka Ruhnya (di Alam Lahut) Di-Tiupkan ke dalam janin dan keluarlah dia sebagai manusia yang memiliki jasad ke muka bumi.


Firman Allah Ta'ala:

لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ

‏‏ لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ﴿ ٤﴾ ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ﴿ ٥ ‏﴾‏

‏‍‏ لَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ﴿ ٤‏﴾ ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ﴿ ٥ ‏﴾‏

Surah At-Tīn – The Fig (95), verses 4–5

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia kepada peringkat serendah-rendahnya.”

[At-Tiin (95) : Ayat 4-5]

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

“Selanjutnya Ruh-ruh diturunkan ke Alam yang terendah (Alam Mulki atau Alam Ajsam atau Alam Dunia) dan dimasukkan ke dalam makhluq terendah iaitu jasad,
sebagaimana Firman Allah:

“ ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ

‏‍‏ ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ﴿ ٥ ‏﴾‏

ثُمَّ رَدَدْنَـٰهُ أَسْفَلَ سَـٰفِلِينَ

Surah At-Tīn – The Fig (95), verse 5

[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilahil Abrar]


Penjelasan:

Maksud Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu adalah:

Allah Ta'ala Turunkan "Ruh manusia" yang tadinya dia di Alam Lahut ke Alam Ajsam iaitu Alam Dunia — muka bumi.

Maksud "أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ " (serendah-rendahnya) ditafsirkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu sebagai "serendah-rendah alam" iaitu Alam Dunia yang juga dikenali sebagai Alam Ajsam atau Alam Malak atau Alam Mulki atau Alam Syahadah.


Menurut Ahli Ma'rifat Terdapat tujuh (7) Jenis Alam:

1. Alam Hahut (atau dikenali juga sebagai Hawiyah Zat)

2. Alam Lahut

3. Alam Jabarut

4. Alam Malakut

5. Alam Mithal

6. Alam Arwah

7. Alam Ajsam

Maka "Ruh" sekalian manusia yang berhimpun di Alam Lahut diturunkan ke bumi (Alam Ajsam) apabila tiba waktu yang Di-Tentukan oleh Allah Ta'ala, menurut Taqdir-Nya yang Azali.



Insan Menjadi Kotor dan Terhijab:

Sebaik sahaja Ruh memasuki jasad, maka terhijablah (terdinding) dia dari Allah Ta'ala disebabkan darah daging yang membalutinya. Ini Hijab pertama (dinding pertama) yang menghalang manusia dari menyaksikan Wajah Allah.

Lapisan Hijab (dinding) terus menebal ketika umurnya meningkat dari bayi ke peringkat kanak-kanak, kemudian remaja dan dewasa. Sepanjang perjalanan ini dia telah dihijabkan oleh berbagai zulmat (kegelapan) akibat dari pergaulan, pemakanan serta dosa-dosa yang disengajakan atau berlaku tanpa disedari. Semua ini menyebabkan hatinya menjadi kotor dan diselaputi berbagai-bagai penyakit Nifaq, syirik dan keji.

Kekotoran hati ini membawa seseorang menjadi Fasiq, Sesat, Munafiq atau Kafir. Wal Iyazubillah.


Empat (4) Afaat:

Empat (4) Anasir yang sentiasa berperang di dalam hati manusia untuk mengotorinya lalu menariknya kepada kebajikan, kesesatan dan kekafiran:

(1) Nafsu

(2) Syaitan

(3) Dunia

(4) Makhluq

(akan datang penjelasan lanjut akan hal ini, In Shaa Allah)


Dengan penjelasan ringkas ini, mudah-mudahan Ummat Islam telah mendapat gambaran awal bagaimana Ruh manusia yang asalnya suci bersih dikotori, kemudian dikotori lagi sehingga terjerumus kepada kesesatan dan kekafiran.

Maka beruntunglah mereka yang menyucikan hatinya dan merugilah mereka yang mengotorinya.