
Jadual Terkini
Perhimpunan Ilmu dan Majlis Dakwah
Sertai kami dalam majlis zikir, pengajian kitab, dan program keruhanian yang tersusun rapi
untuk penyucian jiwa dan bimbingan tauhid.







Memupuk Ketenangan, Menyubur Hikmah
Pengajian Bulanan
Majlis Zikir &
Pengajian Kitab
Hadiri majlis zikir dan pengajian kitab kami secara fizikal di Madrasah kami setiap bulan.
Program Khas
Program Suluk
Program Suluk merupakan satu bentuk tarbiah kerohanian yang dilaksanakan di bawah bimbingan Guru Mursyid yang Siddiq bagi membimbing para Salik ke arah penyucian jiwa, penyucian hati dan pembentukan akhlak yang mulia.
Program ini khusus untuk ahli yang telah berbai'at serta mengikuti Toriqah Naqsyabandiah Al-Kholidiyyah, sebagai satu wasilah untuk memperkukuhkan keimanan, meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala melalui mujahadah, zikir dan amalan yang berterusan.
Khidmat Masyarakat
Kursus & Seminar
Program berbentuk kursus dianjurkan bagi memberi kefahaman mendalam dalam aspek ibadah dan kehidupan beragama seperti kursus solat, penyucian hati dan kesedaran akhirat.

Jangan Ketinggalan, Daftar Kehadiran Anda
Tempat adalah terhad.
Pastikan anda mendaftar untuk menghadiri majlis Ilmu dan
program keruhanian kami yang akan datang.

