Apakah Hukum Sucikan Hati?
Blog post description.
APAKAH HUKUM SUCIKAN HATI?
APAKAH HUKUM SUCIKAN HATI?
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
APAKAH HUKUM SUCIKAN HATI?
Ramai TIDAK mengetahui "Menyucikan hati" itu merupakan kewajipan (fardhu 'ain) atas setiap lelaki dan wanita yang akil baligh.
Ketahuilah...
WAJIB / FARDHU 'AIN atas setiap orang beriman menyucikan hatinya berdasarkan Firman Allah:
Firman Allah :
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Ayat yang cukup pendek, tetapi membawa makna yang sangat mendalam...!
Bahkan boleh dikatakan inilah intisari Agama, intisari seruan segala Anbiya dan Mursalin, intisari TAUHID, intisari Kalimah La Ilaha Illallah, intisari kehidupan dan kesudahan INSAN.
Apakah hakikat hati?
Apakah makna hati yang kotor,?
Bagaimanakah hati menjadi kotor?
Apakah anasir² yang menjadikannya kotor?
Apakah makna hati suci?
Bagaimanakah cara sucikan hati yang telah kotor?
Apakah alatnya?
Apakah hadnya?
Bagaimanakah tanda² hati telah suci?
Siapakah yang menunjuk cara / jalan untuk sucikan hati?
Apakah kelayakan Pemimpin ini?
Apakah tandanya?
Bagaimanakah mengenalinya?
Jawapan :
Sekalian jawapan kepada persoalan berkenaan HATI diterangkan di dalam Ilmu Tasawwuf dan praktiknya (amali nya) di dalam Toriqat yang sahih yang diterima turun temurun dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ serta dipimpin oleh Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq)
Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) adalah hamba² Allah yang dikurniakan oleh Allah segala kelengkapan ruh bagi membimbing manusia kepada Allah. Allah Ta'ala Kurniakan mereka sekalian obat dan penawar bagi penyembuhan penyakit² hati manusia. Mereka dikurniakan perisai dan senjata melawan iblis dan kuncu²nya. Mereka mewarisi Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ zahir dan batin.
Tanpa berbai'at kepada Mursyid yang siddiq, tanpa melalui sistem Pendidikan yang diwarisi daripada Rasulullah ﷺ, maka TIDAK mungkin seseorang dapat menyucikan hatinya.
Apabila hati itu TIDAK disucikan, maka tinggallah dia di dalam kekeruhan hati, kesyirikan syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah dan ghaflah berpanjangan.
Syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat2 keji) dan ghaflah berpanjangan akan membawa kepada kerosakan Iman dan kemusnahan amal. Wal Iyazubillah.
Maka sesuailah Amaran Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
Jika demikian BUKANKAH jelas SUCIKAN HATI itu FARDHU AIN dan tidak boleh dipandang ringan?
Jika demikian BUKANKAH amat jelas berguru kepada Mursyid yang siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq) dan mendidik HATI melalui Toriqat Rasul itu WAJIB / FARDHU 'AIN?
Bukankah jelas, bahawa TIDAK mungkin seseorang muslim itu sucikan HATINYA bagi memperoleh kesejahteraan IMAN dan IBADAHnya melainkan melalui sistem Pendidikan Toriqat yang diwarisi dari Rasulullah ﷺ. dengan bimbingan Mursyid yang siddiq?
Renungilah sungguh².
Mohon Petunjuk Allah.
Merayu dan merintihlah kepada Allah...
Moga sekalian ummat memperoleh Petunjuk...!
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇



