بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Cahaya 57

Kembali kepada Fitrah

CAHAYA

8/8/20261 min read

HURAIAN KEPADA SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR)

Syarat ke-2 : Alim Di Dalam Syari’at
Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadith Nabi ﷺ.

Seorang Mursyid yang Benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau mengetahui halal haram dan dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf. Dan seluruh pimpinannya terikat kepada Al Qur'an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama Ahlus Sunnah.

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang yang menjadi Shaikh keruhanian (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat (ma'rifat)
[Sirrul Asrar]

=============================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
==============================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: CAHAYA MU’MIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangTulen.
#SyariatToriqatRasulullah
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq
#DuniaMakrifat