Cahaya 60
Kembali kepada Fitrah
CAHAYA
LAMPIRAN:
HURAIAN KEPADA SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR)
Syarat ke-5 : Da'wah - Amr Bil-Ma'ruf Nahyi Anil Mungkar
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) adalah penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini. Seorang Mursyid sangat terlatih untuk menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran melalui nasihat-nasihat, teguran-teguran dan amaran-amaran kepada murid-muridnya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa.
Sepanjang sejarah Islam, Mursyid Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam. Mereka sering memberi amaran-amaran kepada semua manusia, termasuk pemerintah-pemerintah yang melakukan pelbagai kezaliman.
Contoh keperibadian Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
Di antara keunggulan peribadi mulia, Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu adalah : Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi ﷺ, menyuruh kepada Ma'ruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran. Beliau sedikit pun tidak gentar kepada siapa pun termasuk pemerintah.
Apabila Khalifah yang memerintah melakukan penyelewengan atau kezaliman beliau segera berikan amaran dan peringatan yang wajar.
Walaupun Shaikh Abdul Qodir Jilani adalah seorang Ahli Sufi — Mursyid Pewaris Nabi yang unggul, yang telah mencapai Ma'rifat yang amat tinggi serta mengekalkan sifat lemah lembut kepada seluruh Ummat, namun apabila Hukum Allah Ta'ala tercabar atau Syari'at Allah dipermainkan, beliau TIDAK akan tolak ansur. Beliau akan segera "memotong" tangan-tangan yang cuba merobek hukum-hakam Syari'at.
Suatu ketika Khalifah yang memerintah di Baghdad melantik Menteri yang tidak layak menduduki posisi sebagai Hakim. Maka segera Shaikh berkhutbah dari mimbar,
"Engkau telah melantik pegawai yang paling zalim sebagai "hakim" atas orang beriman. Apakah jawapan engkau nanti apabila engkau di hadapkan kepada "Hakim Maha Agung" yang Memiliki Semesta alam?"
Mendengar amaran tersebut, Khalifah menangis ketakutan dan terus memecat Hakim yang telah dilantiknya.
[Qala'id Al Jawahir]
==============================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
==============================
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: CAHAYA MU’MIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangTulen.
#SyariatToriqatRasulullahﷺ
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq
#DuniaMakrifat





