Cahaya 61
Kembali kepada Fitrah
CAHAYA
LAMPIRAN:
HURAIAN KEPADA SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR)
Syarat ke-6 : Bersifat Siddiq (Benar) dalam Perkataan dan Perbuatannya
Seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah sentiasa BENAR di dalam perkataan dan perbuatannya. Dia bukanlah seorang pendusta atau penipu kerana penipuan dan pendustaan adalah sifat orang munafiq.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Empat sifat yang barang siapa ada pada nya (mengerjakannya), maka ia menjadi munafiq tulen, dan barang siapa yang melakukan salah satu dari empat sifat itu, maka di dalam dirinya terdapat sifat nifaq sehingga ia meninggalkannya, iaitu: Apabila di beri amanah, dia khianat, Apabila berbicara ia dusta, Apabila berjanji ia tidak menepati, dan Apabila bertengkar, dia berlaku fujjar (kebatilan).
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Sifat munafiq adalah sifat Ulama As-su (ulama jahat) dan Ulama dunia, Ulama mencari keuntungan duniawi yang sanggup menjual agama untuk habuan dunia dan nafsu. Mereka sanggup menipu ummat demi mendapat kedudukan tinggi di sisi Pemerintah atau Pemimpin. Mereka adalah “Ulama-ulama” politik yang menjual Ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.
Ulama as-su’ bukan baru muncul, tetapi sudah ada sejak zaman Pemerintahan Mulkan Addhan - Sistem pemerintahan “menggigit”, iaitu Sistem Pemerintahan yang dipenuhi dengan kezaliman! Ulama as-su’ (jahat) yang ada sekarang adalah pengikut jejak Ulama jahat terdahulu. Jika kamu perhatikan sekalian kepincangan yang berlaku pada zaman ini adalah sama seperti pada zaman dahulu.
Firman Allah:
وَإِنَّ مِنۡهُمۡ لَفَرِيقً۬ا يَلۡوُ ۥنَ أَلۡسِنَتَهُم بِٱلۡكِتَـٰبِ لِتَحۡسَبُوهُ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ
Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu, Ulama) ada (ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu dan mereka pula berkata: (Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah, padahal ia bukanlah dari sisi Allah, dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
[Aali-Imran (3) ; ayat 78]
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) tidak terlibat didalam Pemerintahan kufur, fasiq dan munafiq ini. Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Kerajaan Ma’rifat tidak lagi mencampuri politik keji manusia tamak.
Angkatan Mursyid Nabi yang Siddiq hanya menumpukan kepada Pendidikan Ummat berdasarkan Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ , mendidik manusia mengenal Allah dan Ubudiyyah yang ikhlas dan hal ini berterusan sehingga kedatangan Imam Mahdi Alaihis-Salam.
==============================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
==============================
TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: CAHAYA MU’MIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangTulen.
#SyariatToriqatRasulullahﷺ
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq
#DuniaMakrifat





