بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Cahaya 64

Kembali kepada Fitrah

CAHAYA

8/1/20261 min read

LAMPIRAN:
CAHAYA 64: HURAIAN KEPADA SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR)
Syarat ke-9 : Wajahnya, Perkataannya, Perbuatannya Membawa kamu mengingat Allah.

Syarat ke-9 ini, selain menjadi syarat yang tak boleh direka-reka, ia menjadi TANDA benarnya seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Wajah seorang Mursyid yang benar memancarkan Cahaya Keimanan sehingga orang yang melihatnya terus Ingat Allah. Perkataannya dan gerak-gerinya juga memberi kesan yang mendalam ke dalam hati orang yang melihatnya. Sesungguhnya ciri ini satu daripada tanda terbesar bagi menunjukkan kebenaran seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar.

Barangsiapa mencari dengan penuh keimanan dan keikhlasan, pasti menemui ciri ini pada seseorang Mursyid Pewaris Nabi yang Benar. Orang yang memandang beliau akan membawanya kepada Ingat akan Allah Ta'ala. Bahkan hanya dengan mengingat-ingat wajahnya membawa kepada seribu Rahmat Allah di dalam kehidupan dan menolakkan pelbagai gangguan dan bahaya!

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang apabila dilihatnya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat.”
[Imam Al-Haakim ]

Rasulullah ﷺ bersabda:
“ Sesungguhnya ada sebahagian manusia menjadi kunci kebaikan dan penutup kejelekan, dan ada pula sebahagian manusia yang menjadi kunci kejelekan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan berada di tangannya, dan celakalah bagi siapa saja yang Allah jadikan kunci-kunci kejelekan berada di tangannya.”
[Imam Ibnu Majah]

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sebaik-baik kamu adalah apabila dia dilihat, membawa mengingat Allah.”
[Imam Ibnu Majah]

Para Ulama Ahli Sunnah yang Arif mentafsirkan bahawa yang dikehendaki dengan Hadith-hadith tersebut adalah Mursyid yang mewarisi Rasulullah ﷺ dengan kebenaran. Kamu melihat tanda-tanda ini dan merasai kesannya dalam hati kamu, lalu datang keyakinan yang teguh bahawa inilah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang kamu mencari selama ini. Perasaan ini tak boleh ditipu kerana ia datang dari Cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan)

________________________________________
Panji-Panji Ahlus Sunnah akan terus berkibar
di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sampai Qiamat!

================================
Jama’ah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
================================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: CAHAYA MU’MIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangTulen.
#SyariatToriqatRasulullah
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq
#DuniaMakrifat