بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Cahaya 65

Kembali kepada Fitrah

CAHAYA

7/31/20261 min read

HURAIAN 10 SYARAT MURSYID PEWARIS NABI YANG SIDDIQ (BENAR)

Syarat ke-10: Pegang Teguh dengan Khazanah Agung Wahyu, serta Menjauhi semua Sistem yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.

Penjelasan bab ini amat luas, kami ringkaskan sahaja.

Ke-1: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) adalah Wakil Allah dan Rasul-Nya, setiap masa di dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya!

Ke-2: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) berpegang teguh dengan Khazanah Agung Wahyu serta Amanah Warisan Suci Rasulullah ﷺ.

Ke-3: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menerima dan memindahkan Ilmu dengan cara yang penuh rahsia, yang terpelihara keaslian dan kesuciannya daripada satu Generasi Mursyid kepada Generasi Mursyid berikutnya, turun-temurun tanpa putus.

Ke-4: Warisan suci Rasulullah ﷺ yang tulen, suci, terpelihara di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) sampai Qiamat!

Ke-5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) berpegang teguh dengan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, iaitu berpegang teguh dengan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ dan Ijma’ Qias Ulama Mu’tabar.

Ke-6: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menjauhi semua macam sistem buatan manusia - sistem demokrasi, kapitalis, sosialis, komunis, sekular dan lain buatan manusia.

Ke-7: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menjauhi semua macam kelompok sesat Aqidah - Khawarij (Wahhabiyyah, Najdiyyah, Salafi palsu), Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah dan lain-lain berjumlah 72 golongan sesat, sebagaimana Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.

Ke-8: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menjauhi semua golongan keruhanian yang sesat – 11 golongan sebagaimana Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.

Ke-9: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menjauhi semua golongan yang membawa kesyirikan - golongan dukun, bomoh, pawang, ahli nujum, astrologi, numerology, Ilmu kaji nasib berdasarkan tarikh lahir, ilmu tenung nasib berdasarkan warna kegemaran dan lain-lain kesyirikan.

Ke-10: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) menjauhi semua pakar motivasi yang mengajak manusia kepada kesyirikan.

_____

Panji-Panji Ahlus Sunnah akan terus berkibar
di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
sampai Qiamat!

======================
Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran : PPM-007-10-15112022
=====================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: CAHAYA MU’MIN
#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangTulen
#SyariatToriqatRasulullah
#MursyidPewarisNabiYangSiddiq
#DuniaMakrifat