Kunci Kecemerlangan Sahabat
Blog post description.
KUNCI KECEMERLANGAN SAHABAT
KUNCI KECEMERLANGAN SAHABAT
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
KUNCI KECEMERLANGAN SAHABAT
Kunci Kecemerlangan para Sahabat mencapai keimanan yang tinggi serta keredhaan Allah adalah kesungguhan mereka berpegang teguh kepada Pimpinan Rasulullah ﷺ serta Sistem Tarbiyyah Ruhaniyyah yang sangat khusus berpandukan Wahyu Ilahi.
Para Sahabat Ridhwanullah adalah manusia2 pilihan yang menerima Tarbiyyah khusus dari Rasulullah ﷺ melalui suatu Sistem Tazkiyyatun-Nafs yang sistematik dan penuh rahsia. Melalui Tarbiyyah ini para Sahabat mencapai kecemerlangan IMAN dan TAQWA yang tinggi.
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan menyucikan mereka serta mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam Rahsia² Ketuhanan dan kehambaan) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) ; ayat 2]
Menurut Ulama Ma'rifat, terdapat faedah yang amat besar dari Kalimat Allah Yang Maha Agung ini, hampir serupa dengan kalimat pertama " اقْرَأْ " (iqra') " yang mengandungi dua pengertian Agung ;
Pertama : يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِ — yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
Kedua : وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ — menyucikan mereka serta mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam Rahsia² Ketuhanan dan kehambaan)
Perhatikan baik2 kunci perkataan : "menyucikan mereka" dan "Dikurniakan Ilmu Hikmah”
Rasulullah ﷺ menanggung amanah menyucikan hati sahabat Baginda sehingga hati mereka benar2 bersih dari sebarang kesyirikan dan kekejian. Apabila hati itu telah benar2 bersih dari semua macam kesyirikan dan kekejian, maka di sana terpancar cahaya hikmah, iaitu pengetahuan yang mendalam dari hal Ketuhanan. Inilah TAUHID yang sebenar tetapi ramai yang gagal memahaminya.
Dalam kalimat ini dapat difahami bahawa Amanah Rasulullah pada peringkat awal da'wah secara umumnya di Makkah adalah dua bentuk:
Pertama : Da'wah secara umum kepada manusia
Kedua : Melakukan Tarbiyyah khusus kepada para Sahabat2 Baginda
Ahlus Sunnah yang benar (tulen) memahami, menurut keterangan yang jelas dari Al-Qur'an dan Hadith serta fatwa Ulama Mu'tabar, bahawa Baginda Rasulullah ﷺ bukan hanya diperintah menyeru manusia kepada Tauhid — Kalimah La-Ilaha Illallah kemudian biarkan mereka tetapi Baginda juga diperintahkan menyucikan batin manusia sehingga hati mereka benar2 bebas merdeka dari segala bentuk kekotoran ma'nawiyyah (najis tersembunyi didalam hati) lalu Cahaya Keimanan yang sebenar terpancar di dalam hati. Inilah TAUHID yang hakiki yang benar2 mengesakan Allah Ta'ala zahir dan batin..!
Persoalan untuk direnungkan sedalam2nya:
(1) Rasulullah ﷺ bukan hanya menyuruh manusia supaya berhenti menyembah patung2 yang berbentuk fizikal tetapi Baginda juga telah memerintah supaya berhenti menyembah "berhala2
hati" — berupa nafsu, dunia, wanita, pangkat, kekayaan dll.
(2) Orang Islam yang telah beriman tak perlu diingatkan berkenaan Syirik Jali (Syirik Akbar / Syirik besar) kerana orang yang selemah2 Iman pun tidak akan sembah berhala atau patung atau matahari tetapi satu bentuk syirik halus yang tidak disedari iaitu Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati — ini yang wajib diperingatkan dan dibersihkan dari hati sebersih2nya. Ini kerana syirik khafi ini yang membawa kerosakan kepada hati, memakan amal bagaikan api memakan kayu serta meruntuhkan sendi2 Keimanan.
(3) Syirik khafi terkena kepada semua orang Islam tanpa mengira ketinggian ilmu syari'at dia bahkan sebahagian orang yang memiliki ilmu syari'at yang banyak, penghafal Qur'an, penghafal Hadith yang banyak dan mahir berbagai ilmu alat... golongan ini lebih banyak terdedah kepada takabbur, riya', 'ujub, sum'ah dan sifat2 kekejian di dalam hati disebabkan kelebihan tersebut.
(4) Malangnya kebanyakan ummat telah melupakan hal ini kerana menganggapnya remeh tiada apa2. Ini termasuklah sebahagian ustaz, pemegang2 Ijazah, PhD, Drs, Kiyai Pesantren dll sepertinya menganggap proses penyucian jiwa ini sebagai perkara sampingan sahaja. Bahkan sebahagian orang ini menafikan terus wujudnya proses penyucian hati ini di kalangan Sahabat. Ini adalah kebodohan yang amat berat yang membawa kepada kecelakaan. Wal Iyazubillah.
Renungkan dan perhatikanlah dari hati yang dalam.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇



