بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Makna Taqwa?

Blog post description.

MAKNA TAQWA?

8/16/20261 min read

MAKNA TAQWA?

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

MAKNA TAQWA?

Apakah itu Taqwa?

Taqwa menurut Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani adalah : himpunan sekalian sifat2 kebaikan (kesucian) dan Taqwa yang benar itu mempertahankan diri untuk mentaati Allah zahir dan batin.

Taqwa yang sebenar dan yang teragung adalah Maqam Tertinggi Keimanan seseorang.

Taqwa yang hakiki ini dikenali juga sebagai Maqam Ihsan, Maqam kesempurnaan Tasawwuf , Maqam Mukasyafah, Maqam Arif Billah.

Taqwa yang benar ini dimiliki oleh Rasul, Nabi dan Warisatul Anbiya yang siddiq. Kemudian diikuti orang Mu’min yang sejati.

Semua orang beriman baik lelaki mahupun wanita mempunyai peluang yang sama untuk mencapai Taqwa yang hakiki ini.

Persoalannya untuk direnungkan secara mendalam…

1. Sudahkah kita siapkan diri dengan Taqwa yang dituntut oleh Allah?

2. Benarkah jalan yang kita sedang lalui sekarang menurut Ahlus Sunnah yang benar (tulen) untuk mencapai Taqwa ?

3. Benarkah kita sedang berada di "jalan lurus "Ihdinas-sirat-al-Mustaqeem atau tersalah ikut

jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal)

atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan?

4. Adakah Pemimpin kita Pewaris Nabi yang Siddiq – Mursyid yang benar atau Pemimpin PALSU?

Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..

❇❇

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

❇❇