Mengapa Penyucian Hati Didahulukan?
Blog post description.
MENGAPA PENYUCIAN HATI DIDAHULUKAN?
MENGAPA PENYUCIAN HATI DIDAHULUKAN?
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MENGAPAKAH PENYUCIAN HATI DIDAHULUKAN?
Apakah rahsianya hati dan apakah rahsianya zikrullah?
Apakah rahsia Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ ini?
Apakah hikmahnya sistem pendidikan Rasulullah ﷺ menumpukan kepada didikan hati?
Apakah hikmahnya Allah Ta'ala perintahkan supaya pendidikan hati dididahulukan ?
Jawapannya...
Hati adalah tempat tersimpannya Rahsia Insan dan Rahsia Ketuhanan.
Hati adalah tempat terbitnya cahaya TAUHID atau kegelapan SYIRIK.
Hati adalah tempat pertarungan IMAN (yang dibantu oleh Malaikat) dengan NAFSU kejahatan (yang disokong oleh Iblis dan kuncu2nya).
Hati adalah tempat terbitnya segala gerak, keinginan dan kemahuan manusia.
Hati adalah tempat perhitungan kebahagiaan atau kecelakaan.
Firman Allah:
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”
[Asy-Syams (91) : ayat 9-10]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).
[Imam Bukhari]
Oleh kerana hati menjadi sumber segala kebaikan atau kecelakaan, maka sumber ini perlu disucikan dahulu. Medan ini perlu ditawan dahulu. Sekalian sifat nifaq (kemunafikan), mazmumah (kekejian) dan syirik khafi (syirik tersembunyi) mesti dicabut dari akar umbinya.
Bagaikan sebuah ladang yang dipenuhi oleh lalang dan anasir2 perosak, maka pertama sekali yang perlu dilakukan oleh seseorang peladang adalah mencabut lalang dan anasir perosak dari akar umbinya. Setelah ladangnya telah bersih dari kesemua perosak barulah peladang dapat membajak dan menanam benih yang terpilih untuk bercucuk tanam dan meraih hasilnya yang lumayan.
Demikianlah ibaratnya hati insan perlu disucikan terlebih dahulu sebelum mampu menerima cahaya ketuhanan.
Apabila hati telah bersih dari kesemua kekotoran, kekejian, dan kesyirikan, kemudian bercahaya hati itu dengan cahaya ketuhanan, barulah “benih TAUHID yang suci” terpancar dari HATInya. Kemudian terbit lagi ibadah dan amal2 kebaikan yang benar-benar ikhlas.
Inilah Sistem Tarbiyyah yang dipelopori oleh Rasulullah ﷺ kemudiannya diikuti oleh para sahabah kemudian Ulama Tabi’in, kemudian Ulama Tabi’it-Tabi’in, kemudian diwarisi oleh sekalian Shaikh Mursyid / Ahli Ma’rifat yang benar sampailah ke zaman ini dan akan terus bersambung sampai Qiamat.
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyucikan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati sebagai bekal ?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pengasuh untuk menycikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Adakah kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat? Wal Iyazubillah.
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇



