
Maksud Nama
"Jamaah Tazkirah Jilani"
Nama Jamaah Tazkirah Jilani dipilih dengan membawa makna yang tersendiri




Jamaah
Perkataan Jamaah membawa maksud sekumpulan ahli yang menganggotai sebuah kumpulan.
Ia melambangkan kesatuan, ukhuwah serta kebersamaan dalam menuntut Ilmu, beramal dan saling membimbing ke arah Keredhaan Allah Ta'ala.
Jilani
Perkataan "Jilani" diambil sempena nama Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, seorang ulama, pendidik dan Wali Allah yang masyhur dalam sejarah Islam.
Beliau dilahirkan di Jilan pada pertengahan bulan Ramadan tahun 471 Hijrah. Sejak usia muda, beliau menuntut Ilmu daripada para ulama terkemuka pada zamannya sehingga menguasai pelbagai cabang ilmu Islam seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh, Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab.
Setelah mencapai kematangan dalam Ilmu dan tarbiah, beliau mengadakan majlis-majlis pengajian di Baghdad yang berkembang dengan begitu pesat. Majlis tersebut dihadiri oleh puluhan ribu penuntut ilmu dari pelbagai negeri dan telah melahirkan ramai ulama serta pendakwah yang meneruskan penyebaran ilmu Islam kepada masyarakat.
Pemilihan nama "Jilani" bagi pertubuhan ini merupakan lambang penghormatan kepada Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu, di samping menzahirkan hasrat untuk meneruskan semangat perjuangan beliau dalam menyebarkan Ilmu, membimbing Ummat serta menghidupkan tradisi pendidikan Islam yang berpaksikan Al-Quran, As-Sunnah dan warisan para Ulama yang Muktabar.
Tazkirah
Perkataan Tazkirah bermaksud peringatan, nasihat dan tunjuk ajar.
Nama ini menggambarkan matlamat pertubuhan untuk sentiasa mengingatkan masyarakat kepada Allah Ta'ala melalui penyampaian Ilmu, dakwah dan pendidikan Islam.




Latar Belakang Pertubuhan
Jamaah Tazkirah Jilani ditubuhkan dengan matlamat untuk memimpin ahli dan masyarakat berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen.
Pertubuhan ini berusaha melaksanakan dakwah melalui pendekatan pendidikan dan bimbingan yang menekankan keseimbangan antara Ilmu, amalan dan akhlak.

Matlamat Pertubuhan
Memimpin ahli menurut prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen.
Mendidik, mengasuh dan membimbing masyarakat kepada Tauhid yang suci dan murni.
Memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai kewajipan mengamalkan keseluruhan ajaran agama yang merangkumi Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf melalui kuliah fardu ain serta program kesedaran yang dijalankan dengan kebenaran pihak berkuasa.
Melaksanakan kuliah fardhu ain serta kursus kesedaran dengan kebenaran pihak berkuasa

Pendekatan & Perlaksanaan
Bagi mencapai matlamat tersebut, pertubuhan ini melaksanakan beberapa pendekatan utama:
🕌 Pendidikan Berterusan
Mengadakan kuliah dan pengajian secara berkala untuk memastikan ahli sentiasa dibimbing dengan Ilmu yang sahih.
📚 Tarbiyyah & Penyucian Hati
Menekankan aspek pembentukan ruhani melalui tazkirah dan amalan yang mendekatkan diri kepada Allah.
🤝 Dakwah Masyarakat
Menyebarkan Ilmu dan kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai medium, termasuk program terbuka, kursus, pengajian, penerbitan Kitab dan Risalah, bahan bacaan digital serta media pendidikan.
🧭 Bimbingan Berasaskan Manhaj Ulama
Segala pengajaran adalah berpandukan Al-Qur’an, Sunnah Rasulullah ﷺ serta kefahaman Ulama Muktabar.

Visi
Menjadi sebuah jamaah yang unggul dalam membimbing Ummat ke arah tauhid yang murni dan kehidupan beragama yang sempurna mengikut Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar.

Misi
Menyebarkan ilmu agama secara berterusan
Membentuk masyarakat yang berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
Melahirkan individu yang berilmu, beramal dan bertaqwa
Memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kehidupan seharian

Status & Pendaftaran Pertubuhan
Jamaah Tazkirah Jilani merupakan sebuah pertubuhan berdaftar di Malaysia dengan nombor pendaftaran:
PPM-007-10-15112022
Pertubuhan ini tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa serta menjalankan aktivitinya secara sah dan teratur.

