
Maksud Nama
"Jamaah Tazkirah Jilani"
Nama Jamaah Tazkirah Jilani dipilih dengan membawa makna yang tersendiri




Jamaah
Perkataan Jamaah membawa maksud sekumpulan ahli yang menganggotai sebuah kumpulan.
Ia melambangkan kesatuan, ukhuwah serta kebersamaan dalam menuntut Ilmu, beramal dan saling membimbing ke arah Keredhaan Allah Ta'ala.
Jilani
Perkataan Jilani diambil sempena nama Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu.
Perlembagaan menerangkan bahawa beliau ialah seorang ulama besar yang dilahirkan di Jilan pada pertengahan Ramadan tahun 471H, menuntut Ilmu daripada para ulama pada zamannya sehingga menguasai pelbagai bidang Ilmu seperti Al-Quran, Hadis, Fiqh, Bahasa Arab dan kesusasteraan.
Beliau kemudiannya mengadakan majlis pengajian di Baghdad yang berkembang pesat dan dihadiri oleh puluhan ribu penuntut ilmu serta melahirkan ramai ulama.
Pemilihan nama Jilani mencerminkan penghormatan kepada tokoh tersebut serta semangat penyebaran Ilmu yang menjadi inspirasi kepada pertubuhan.
Tazkirah
Perkataan Tazkirah bermaksud peringatan, nasihat dan tunjuk ajar.
Nama ini menggambarkan matlamat pertubuhan untuk sentiasa mengingatkan masyarakat kepada Allah Ta'ala melalui penyampaian Ilmu, dakwah dan pendidikan Islam.




Latar Belakang Pertubuhan
Jamaah Tazkirah Jilani ditubuhkan dengan matlamat untuk memimpin ahli dan masyarakat berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen.
Pertubuhan ini berusaha melaksanakan dakwah melalui pendekatan pendidikan dan bimbingan yang menekankan keseimbangan antara Ilmu, amalan dan akhlak.
Antara fokus utama pertubuhan ialah:
Memimpin ahli menurut prinsip-prinsip Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang tulen.
Mendidik, mengasuh dan membimbing masyarakat kepada Tauhid yang suci dan murni.
Memberikan kesedaran kepada umat Islam mengenai kewajipan mengamalkan keseluruhan ajaran agama yang merangkumi Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf melalui kuliah fardu ain serta program kesedaran yang dijalankan dengan kebenaran pihak berkuasa.
Berdasarkan matlamat tersebut, Jamaah Tazkirah Jilani berperanan sebagai sebuah institusi dakwah dan pendidikan Islam yang berusaha memelihara, menyampaikan serta mengembangkan ilmu agama kepada masyarakat melalui pelbagai medium, termasuk pengajian, penerbitan kitab dan risalah, bahan bacaan digital serta media pendidikan.

