Perintah Sucikan Hati Turun Sebelum Perintah Solat
Blog post description.
PERINTAH SUCIKAN HATI TURUN SEBELUM PERINTAH SOLAT
PERINTAH SUCIKAN HATI TURUN SEBELUM PERINTAH SOLAT
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PERINTAH SUCIKAN HATI TURUN SEBELUM PERINTAH SOLAT
Wahyu Pertama memerintah agar Rasulullah ﷺ mendirikan Zikrullah, Muraqabah dan Musyahadah.
Jarak antara turunnya wahyu pertama “Iqra” kepada Baginda Rasulullah ﷺ dengan turunnya Wahyu Perintah Solat (iaitu ibadah syari’at yang pertama ) adalah 10 tahun. Kewajipan solat diperintah kepada Rasulullah ﷺ dan Ummat Baginda pada peristiwa Isra Mi'raj, setelah 10 tahun Kenabian Baginda.
Persoalan penting di sini :
Apakah Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah para Sahabat Baginda selama 10 tahun itu? Adakah mereka semata2 “goyang kaki” tak berbuat apa2 selama 10 tahun tersebut lalu mencapai keimanan yang tinggi?
Menurut Ulama Mu"tabar, Ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dan para Sahabat Baginda selama 10 tahun itu adalah Zikrullah serta beberapa Disiplin Mujahadah yang lain.
Di dalam ertikata yang lebih tegas apa yang berlaku adalah :
Selama 10 tahun berlaku Proses Penyucian HATI melalui Sistem Tarbiyyah yang penuh sistematik dan sempurna….!
Rasulullah membimbing, memimpin dan mengasuh jiwa para sahabat dengan Zikrullah dan mujahadah lain sehingga jiwa mereka benar2 suci bersih dari segala macam kesyirikan (syirik khafi – syirik tersembunyi), mazmumah (kekejian hati). Melalui jiwa yang benar2 bersih inilah terpancar keimanan yang teguh, keyakinan yang tiada tergoyah, dan Ma’rifat yang tinggi sehingga mereka benar2 mengenal Allah serta menyempurnakan ubudiyyah zahir batin.
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyucikan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati sebagai bekal ke akhirat?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (Wakil Nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pemimpin untuk menyucikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang dipimpin oleh Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafdhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Adakah kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat? Wal Iyazubillah.
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇️
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇❇



