
RASULULLAH ﷺ DI-UTUS MENYUCIKAN HATI MANUSIA
PERINGATAN BAGI YANG LUPA Setitis Tinta, Seuntai Kasih...
RISALAH
PERINGATAN BAGI YANG LUPA
Setitis tinta, Seuntai Kasih...
Tazkirah Ringkas Hari ini...
18 Syawal 1444 H
20 Mei 2022 M
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
RASULULLAH DIUTUS MENYUCIKAN HATI MANUSIA.
Menurut pendirian Ahlus Sunnah yang benar (tulen), amanah Pertama Rasulullah ﷺ ke atas orang yang telah bai'at kepada Baginda adalah menyucikan batin (hati) mereka.
Inilah tugas pertama Rasulullah setelah seseorang menerima Islam dan sumpah setia kepada Baginda... iaitu tugas Baginda adalah menyucikan batin (hati) mereka dari kesyirikan (syirik khafi) dan mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) sehingga hati mereka benar2 bersih bersinar cemerlang.
ini penegasan di dalam Firman-Nya Yang Maha Agung:
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan (batin ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia Ketuhanan dan pengetahuan Ma’rifat yang mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : ayat 2]
Mengapa Rasulullah ﷺ diperintah untuk menyucikan HATI orang2 yang berbai’at kepada Baginda?
Apa Rahsianya Baginda diperintah supaya HATI para Sahabat Baginda disucikan dari Syirik khafi (syirik tersembunyi) dan Mazmumah (kekejian hati)?
Sebab dan Rahsianya adalah :
Iman dan Taqwa yang hakiki TIDAK akan terhasil tanpa kesucian HATI.
Cahaya Iman TIDAK akan terpancar dari HATI yang masih dipenuhi oleh kesyirikan (syirik khafi – syirik tersembunyi) dan Mazmumah (kekejian) dan Ghaflah (kelalaian).
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita berada di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ untuk menyucikan HATI sehingga terhasil IMAN dan TAQWA sejati?
2. Sudahkah kita mempunyai Mursyid yang siddiq (pewaris Nabi sebenar) yang menjadi Pembimbing dan Pemimpin untuk menycikan batin (hati) kita?
3. Benarkah kita sedang berada pada Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau tersalah ikut jalan2 kesesatan yang di pimpin oleh Wahhabiyyah (khawarij ), Syi’ah (rafidhi), Sekular (liberal) atau lain2 yang tersesat berjumlah 72 golongan? Atau kita tersalah ikut 11 kumpulan keruhanian yang tersesat? Wal Iyazubillah.
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..
Tausiah:
Tn Guru Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah
Toriqah Mu’tabarah Ahlus Sunnah
_______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI

