بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Risalah 4: Ahlus Sunnah

Risalah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

AHLUS SUNNAH

8/6/20262 min read

RISALAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH

Penjelasan Risalah 4: Lima Fasa Pemerintahan Ummat!

Lima Fasa Pemerintahan Ummat berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ.

Fasa Pertama: النُّبُوَّةُ
Periode Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.

Fasa Kedua: خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Periode Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah iaitu Pemerintahan Khalifah-Khalifah yang bersifat Rasyid (Mursyid) — Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullahi Alaihim Ajma'in.

Fasa Ketiga: مُلْكًا عَاضًا
Periode Pemerintahan "Mulkan Addhan", Kerajaan menggigit, kerajaan zalim. Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.

Fasa Keempat: مُلْكًا جَبَّرِيًّا
Periode Pemerintahan "Mulkan Jabriyyan" iaitu periode pemerintahan Pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Perdana Menteri, Orang Kaya Besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun. Mereka menggunakan apa saja - demokrasi, sosialis kapitalis.

Fasa Kelima: خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Periode "Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah" semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.

Rasulullah ﷺ bersabda:

تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas Kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah Mengangkatnya apabila Dia Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda ﷺ), yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah Mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah Mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, pembesar-pembesar, Presiden, Perdana Menteri, yang keras kepala) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah Mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian), kemudian Nabi ﷺ diam.”
[Imam Ahmad]

Penjelasan Tambahan:
================
(1) Hanya Pemerintahan Ummat pada Fasa 1, 2 dan ke-5 menjalankan Amanah Allah atas muka bumi dengan Taqwa dan Keadilan.

(2) Adapun dua periode lagi iaitu Fasa ke-3 dan ke-4 yang ditadbir oleh Amir, Raja, Sultan, Presiden, Perdana Menteri dan lain-lain adalah fasa kezaliman dan kefasikan, kecuali ada beberapa peribadi yang benar-benar mencontohi Rasulullah ﷺ.

(3) Selepas Sayyidina Hasan Radhiallahu Anhu serahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyyah untuk elakkan pertumpahan darah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq TIDAK lagi mengambil bahagian dalam politik. Mereka menjauhi semua pemerintah yang rakus, tamak haloba dan zalim yang bergelumang di dalam politik jahat dan zalim.

(4) Sekalian Ulama Ahlus Sunnah wal Jama'ah — Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) hanya menumpukan kepada pendidikan Ummat berdasarkan Manhaj Warisan Rasulullah ﷺ. Sistem Pendidikan — Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ini tidak pernah putus, tetapi terus bersambung hingga zaman ini, dan akan terus bersambung hingga Qiamat!

========================
Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran: PPM-007-10-15112022
========================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: AHLUS-SUNNAH YANG TULEN (BENAR)

#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullah

#MursyidPewarisNabiYangSiddiq