
SETITIS TINTA SEUNTAI KASIH
PERINGATAN BAGI YANG LUPA Setitis tinta, Seuntai Kasih...
Tazkirah Ringkas Hari Ini...
17 Syawal 1444 H
19 Mei 2022 M
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
MUSAFIR
️Semua orang Islam menyedari bahawa hidup di muka bumi hanyalah sementara, sedang tempat abadi mereka adalah kampung halaman mereka di Akhirat.
Semua orang Islam mengetahui bahwa mereka akan dipanggil kembali apabila tiba waktunya ; yang waktu ini tiada siapa mengetahui nya -- adakah ketika dia muda atau ketika dia sudah lanjut usia, adakah ketika dia sihat atau sakit, adakah hari ini atau esok.
Semua orang Islam memahami bahawa mereka akan menghadap Allah di Hari Pengadilan untuk menerima Keputusan Agung daripada Yang Maha Agung.
Segala kekayaaan akan ditinggalkan.
Hartabenda, gedung perniagaan, tanah bendang semuanya akan ditinggalkan.
Keluarga, anak isteri, saudara mara semuanya akan ditinggalkan.
Firman Allah:
وَلَقَدۡ جِئۡتُمُونَا فُرَٲدَىٰ كَمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬ وَتَرَكۡتُم مَّا خَوَّلۡنَـٰكُمۡ وَرَآءَ ظُهُورِڪُمۡۖ
"Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah Kami Kurniakan kepada kamu…”
[Al An’am (6) : ayat 94]
Persoalan untuk direnungkan secara mendalam…
1. Sudahkah kita siapkan bekalnya untuk menghadap Allah?
2. Apa bekalnya yang sudah disediakan?
3. Benarkah jalan yang kita sedang lalui sekarang menurut Ahlus Sunnah yang benar (tulen) atau PALSU?
4. Benarkah kita sedang berada di “jalan lurus” Ihdinas-sirat-al-Mustaqim” atau Cuma atas sangkaan ?
5. Adakah Pemimpin kita Pewaris Nabi yang Siddiq – Mursyid yang benar atau Pemimpin PALSU?
Mari menghitung diri sebelum sampai masa kita menghadap Allah di Hari Perhitungan..
Tausiah:
TN. GURU SHAIKH SAYYID ABU TOHIR
(Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah)
Toriqah Mu’tabarah Ahlus Sunnah
__
MAJLIS TAZKIRAH JILANI

