بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Bimbingan Ruhani

SILSILAH TORIQAH NAQSYABANDIYYAH AL-KHOLIDIYAH

Inilah Rantaian Emas Silsilah Toriqah Naqsyabandiah yang nama asalnya di zaman Nabi dinamai akan dia dengan panggilan "Toriqah Ilahiyyah Muhammadiyyah".

Guru Mursyid Yang Siddiq

Pendidikan & Tarbiyah Jiwa

Tuan Guru Mursyid merupakan seorang 'Arif yang mendalami Ilmu Syari'at & Toriqat Rasulullah ﷺ, dan Suluk Keruhanian. Beliau menerima pendidikan dari pelbagai ulama terkemuka, menguasai bidang Fiqh, Hadith, Tasawwuf dan Usuluddin.

Dengan sanad keilmuan yang bersambung, beliau membimbing para murid melalui program tarbiyah jiwa yang komprehensif, menekankan adab, ikhlas, dan penyucian hati.

Keaslian Ilmu

Silsilah bukan sekadar nama..
Ia adalah rantai perwarisan, Ilmu, Cahaya Ketuhanan dan Nur Muhammad yang
Allah Ta'ala Limpahkan
ke dalam dada
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)....

Setiap ajaran dan bimbingan yang disampaikan oleh Guru Mursyid berakar umbi dari Silsilah keilmuan yang sahih. Sanad ini bersambung terus kepada para ulama salafussoleh dan akhirnya kepada Rasulullah ﷺ, menjamin keaslian serta keberkatan setiap langkah tazkiyah an-nafs.

Akses Ilmu,
Suburkan Jiwa

Sertai majlis Ilmu kami dan
suburkan ketenangan hati
melalui amalan yang bersambung sanadnya.