بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 1: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/9/20262 min read

BAI’AT :

KEUTAMAANNYA MENURUT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Susunan:

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al Kholidiyah

Siri 1 :

سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

سُوۡرَةُ الفَتْح

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ ٱللَّهَ يَدُ ٱللَّهِ فَوۡقَ أَيۡدِيہِمۡ‌ۚ فَمَن نَّكَثَ فَإِنَّمَا يَنكُثُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ‌ۖ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِمَا عَـٰهَدَ عَلَيۡهُ ٱللَّهَ فَسَيُؤۡتِيهِ أَجۡرًا عَظِيمً۬ا

“Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad), mereka hanyasanya memberikan pengakuan ta'at setia kepada Allah; Tangan Allah atas tangan mereka (Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar”

[Al-Fath (48) : ayat 10]

1.0 MUQADDIMAH:

Bai’at menurut Ahlus Sunnah Wal Jamaah menduduki posisi yang suci dan mulia di dalam Agama.

Bahkan dari sudut Kelilmuan dan Kepimpinanan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, kita akan bentangkan Insya Allah, Bai’at (janji setia /ijazah untuk amal) adalah tunjang kepada kesinambungan Tradisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah mulai dari Sahabat Nabi, turun-temurun dari satu generasi Shaikh Mursyid @ Imam @ Ahli Sufi kepada generasi berikutnya sambung bersambung tanpa putus sehingga ke zaman ini. Dan akan berterusan tradisi ini sehingga ke Hari Qiamat.

Kedua2 unsur ini - Bai’at dan talaaqi musyafahah merupakan bukti kebenaran dan lambang kesucian Ilmu Islam yang diwariskan oleh Rasulullah ﷺ.

Allah Ta’ala memelihara Agama-Nya melalui tangan2 Pewaris2 Rasulullah ﷺ sehingga Qiamat. Ertinya hanya Ahlus Sunnah Wal Jamaah memiliki kunci rahsia kebenaran ini. Sementara sekalian golongan lain TIDAK memilikinya yang menyebabkan mereka terkeluar dari jalan kebenaran menuju kesesatan. Na’uzubillah.

2.0 PENGERITIAN BAI’AT

Dari sudut Bahasa Bai’at bererti .....

“aqad beri dan terima”

atau “janji setia“

atau “aqad jual beli”

atau “penjanjian diantara dua pihak”

Di dalam istilah Syara’, Bai’at membawa pengertian “ perjanjian yang berlaku di antara Pemimpin dan yang dipimpin.”

Yang dipimpin (yang memberi bai’at) berjanji untuk taat dan Pemimpin (yang dibai’atkan) berjanji untuk memimpinnya kepada kebenaran dan kesucian Islam.”

●Pada hayat Rasulullah ﷺ Bagindalah Pemimpin Zahir dan Batin, maka Baginda dibai’at oleh Ummat Islam.

●Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ Khulafa Ar-Rasyidin menjadi Pemimpin Ummat Zahir dan Batin, maka mereka dibai’at oleh Ummat Islam.

●Setelah kewafatan Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Kempimpinan bercampur aduk antara haq dengan batil. Nilai2 kesucian Agama dikotori oleh Pemimpin2 fasiq dan dan zalim.

Walau bagaimanapun Kepimpinan Keruhanian yang diwariskan oleh Rasulullah kepada para Sahabat Baginda yang terpilih tetap bersambung dengan keluhuran tanpa campur tangan “kuasa2” nafsu dan syaitan. Ini yang dipanggil Kepimpinan Shaikh Mursyid @ Ahli Sufi @ Ahli Ma’rifat yang tetap unggul mempertahankan kesucian Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Risalah ini, Insya Allah akan berikan fokus khusus kepada Kepimpinan Warisan Rasulullah ini, Warisan yang tetap bertahan sehingga Qiamat,…!