Siri 1: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN @ TAUHID
Susunan
Shaikh Sayyid Abu Tohir
Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN @ TAUHID
Siri 1 :
Imam Jilani membahagikan orang beriman kepada dua tingkatan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️Pertama : Iman Orang Awam
✳️Kedua : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Imam Ghazali membahagikan orang beriman kepada tiga tingkatan :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️ Pertama : Iman Orang Awam
✳️ Kedua : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Ketiga : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Ulama Ma'rifat kemudian memperincikan lagi pembahagian tersebut kepada lima tingkatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
✳️Pertama : Iman Orang Awam yang bertaqlid
✳️Kedua : Iman Orang Awam yang Berdalil
✳️Ketiga : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)
✳️Keempat : Iman Salikin yang Berma'rifat.
✳️Kelima : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat
Kesemua pembahagian di atas ; bermula dari pembahagian yang dibuat oleh Imam Jilani sampailah ke zaman kemudiannya diberi perincian yang lebih mendalam adalah sama sahaja.
Ulama2 Ahlus Sunnah yang datang kemudian dari itu melihat perlunya perincian yang lebih detail tentang pembahagian TAUHID ini kerana ummat ini makin dangkal pemikirannya, sangat cetek ilmu- nya, makin sedikit sangat kefahamannya.
Dengan perincian yang lebih diharapkan kefahaman yang lebih mudah kepada murid dan orang awam Islam seluruhnya.
Wallahu A'lam
bersambung siri ke-2... insya Allah .
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳
Pesanan
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳



