Siri 1: Pengertian Taqwa Menurut Ahlus Sunnah
Blog post description.
PENGERTIAN TAQWA MENURUT AHLUS SUNNAH
SIRI 1 :
1.0 Muqaddimah
-------------------------
Kalimat "Taqwa" sering diulang2 di dalam ceramah, kursus, perhimpunan sebagai kewajipan yang mesti ada pada setiap Muslim.
Kalimat berharga ini juga sering menjadi tajuk perbincangan/perbahasan di dalam forum dan simposium mengupas persoalan "Taqwa".
Menyebut dan memperingatkan manusia tentang "Taqwa" merupakan syarat sah Khutbah Juma'at.
Adalah yang paling istimewa adalah kalimat suci ini digandingkan dengan kemuliaan di sisi Allah Ta'ala.
Yang terakhir ini sudah lebih dari cukup memberikan gambaran cemerlang berkenaan kewajipan dan keutamaan Taqwa
Allah dan Rasul-Nya menyebut kewajipan bertaqwa, kedudukan orang bertaqwa dan kemuliaan orang bertaqwa di sisi Allah Ta'ala.
Apakah sebenarnya makna "Taqwa?"
Apakah kaitan Taqwa dengan Iman?
Adakah Taqwa satu peringkat atau bertingkat2?
Jika ianya beberapa Tingkatan, apakah cara mencapai Tingkatan2 Taqwa tersebut?
Siapakah golongan insan2 yang memiliki Taqwa paling tinggi?
2.0 Menolak Kekeliruan Berhubung dengan Taqwa
------------------------------------------------------------------
Sebelum bicara lebih jauh, ada baiknya kita menafikan tanggapan2 kurang tepat berkenaan istilah Taqwa yang berlegar di kalangan umum orang Islam.
2.1 Taqwa dan Khauf
Sebahagian orang memahami / mentafsirkan istilah Taqwa dengan perkataan "takut". Dan mereka berhenti setakat itu sahaja tanpa penjelasan yang sebenar2 kepada Taqwa
Tafsiran ini tidak tepat kerana " takut" yang dialihbahasa dari bahasa Arabnya khauf adalah cuma sebahagian dari pengertian Taqwa
Khauf (takut) dari sudut kefahaman yang terbatas adalah menunjukkan keadaan seseorang yang sedang melatih dirinya mengerjakan yang diperintah dan menjauhi suatu yang dilarang oleh Allah dari segi zahirnya. Ini maqam salikin. (orang yang melalui jalan Ma'rifat di bawah pimpinan Shaikh Mursyid)
Sedangkan Taqwa memiliki " hantaran haqiqat hati dan ruh" yang jauh lebih luas daripada itu.
2.2 Taqwa Bukan Satu Tingkatan.
Umum memahami Taqwa sebagai satu Tingkatan sahaja.
Yang benar adalah Taqwa bertingkat2 mulai dari Iman @ Tauhid peringkat terendah (Iman orang awam) sampailah ke peringkat tertinggi yang meliputi bagi Ma'rifat Ilahiyyah (Kenal Allah dengan Keimanan dan ubudiyyah yang sangat tinggi). Dan ini sebenar benar Taqwa.
(akan datang penjelasannya )
2.3 Taqwa bukan sekadar ucapan
Sebahagian orang menganggap Taqwa itu sekadar mengetahui perbahasan ilmiah di bilik2 kursus, kuliah, seminar dsb. Mereka sekadar berpuas hati bila sudah tahu perbahasan Taqwa.
Sedangkan semua ini hanya pengetahuan awal berkenaan pengertian dan tuntutan Taqwa,
BUKAN 'ain Taqwa.
Jika demikan apakah sebenar Taqwa?
Taqwa sebenar adalah cahaya Keimanan yang tinggi yang bersemi di dalam hati. Ia BUKAN sekadar slogan yang diulang2. Ia BUKAN sekadar penghias bibir mulut. Ia BUKAN ditinggalkan di dalam kitab2.
(akan datang perbinncangan lanjut)
2.4 Penjelasan Terbaik Makna Taqwa.
Orang yang sebenar2 layak menjelaskan bab Taqwa adalah Ahli Ma'rifat kerana mereka telah di- kurniakan oleh Allah Ta'ala ilmu rahsia Ketuhanan dan rahsia Kehambaan. Mereka telah melalui berbagai Tingkatan Taqwa dengan bimbingan Shaikh Mursyidnya sehingga sampai kepada kemuncak Taqwa.
Keseluruhan kitab2 Tasawwuf @ Ma'rifat yang telah ditulis oleh Ulama bertaraf Auliya Allah menjelaskan khazanah berharga ini.
Maka sewajarnya semua orang Islam menimba ilmu ini dari Ulama bertaraf Auliya Allah yang telah membuktikan keimanan dan ketaqwaan mereka. Mereka adalah sebaik2 contoh bagi Ummat sepanjang zaman kerana mencontohi keperibadian Rasulullah ﷺ secara sempurna.
Siapakah mereka?
Mereka adalah hamba2 pilihan Allah bermula dari Sahabat Ridhwanullah, diikuti oleh Imam2 Tabiin, (yang menimba ilmu terus dari Sahabat), diikuti oleh Imam2 Tabiit -Tabiin (yang menerima ilmu terus dari Tabiin), diikuti oleh Imam2, Shaikh, Ulama Ahlus Sunnah yang menerima ilmu terus dari Tabiit-Tabiin, dan bersambung lagi ke bawah dan ke bawah penerimaan Ilmu melalui bai'at dan talaaqi musyafahah tanpa putus.
Inilah Ulama bertaraf Auliya Allah yang tetap memelihara Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang benar, melalui sisilah Rasulullah ﷺ yang panjang sambung menyambung tanpa putus hingga hari ini dan sehingga Qiamat.
Di antara tokoh2 unggul Ulama bertaraf Auliya Allah yang telah berjasa kepada Ummat yang WAJIB dijadikan panduan adalah :
Bermula dari Khulafa' Ar-Rasyidin
Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman ,Sayyidina Ali, Sayyidina Ibnu Abbas, Ibn Umar, Ibn Mas'ud, Imam Jaafar Siddiq, Imam Hasan Al Basri, Imam Sufyan Ath- Thawri, Imam Junaid Al Baghdadi, Imam Abu Yazid Bustami, Imam Abu Hanifa, Imam Malik, Imam Asy-Syafii, Imam Ahmad Ibn Hambal, Imam Abu Hasan Asy'ari, Imam Ghazali, Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani, Imam Rofi'e, Imam Rifa'ie, Imam Fakhruddin Ar Razi, Imam Ibn Arabi, Imam Nawawi, Imam Sayuthi, Imam Haythami, Imam Ibn Hajar Asqolani, Imam Shah Waliyullah Dahlewi, Imam Haddad, Imam Zakariyya Al Ansari, Imam Zaini Dahlan, Imam Sharqawi, dan ramai lagi adalah menjadi pemimpin dan teladan bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah sepanjang zaman.
(Sila Rujuk Tajuk "Tingkatan Iman / Tauhid / Ma'rifat" untuk mengenal siapa yang dikatakan Ahli Ma'rifat, kedudukan mereka di sisi Allah dan kedudukan mereka sebagai Pewaris Nabi yang siddiq)
Dengan mencontohi Ulama bertaraf Auliya Allah ini kita akan memperoleh gambaran yang benar berkenaan pengertian Taqwa bahkan gambaran keseluruhan hidup Mu'min.
Ini adalah kerana merekalah yang paling memahami kehendak Allah dan Rasul-Nya. Merekalah yang paling baik mencontohi Rasulullah ﷺ .



