بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 1: Perkembangan Ilmu-Ilmu Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Blog post description.

PERKEMBANGAN ILMU

8/14/20261 min read

PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Susunan

Shaikh Sayyid Abu Tohir

Mursyid Silsilah Naqsyabandiah Al-Kholidiyah


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIRI 1 :


PERKEMBANGAN ILMU-ILMU ISLAM AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■



Firman Allah :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az Zikr ini (Al Qur'an), dan sesungguhnya Kami lah benar-benar memeliharanya."
[Al Hijr (15) : ayat 9]


ILMU DAN SUMBER ILMU DI ZAMAN RASULULLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Ketika hayat Rasulullah ﷺ, sumber ilmu bagi ummat Islam hanya ada dua :

(1) Al -Qur'an
(2) As -Sunnah

Ummat Islam pada saat itu hanya mempunyai seorang pemimpin iaitu Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. dan satu pendapatnya.

Segala persoalan2 baru yang timbul pada zaman ini akan dijawab dan selesaikan sendiri oleh Rasul ﷺ. Tiada perselisihan atau perbezaan pendapat pada satu2 urusan kerana yang menjadi sumber rujukan hanya satu iaitu "Rasulullah ﷺ ".


PERKEMBANGAN ILMU SESUDAH KEWAFATAN RASULULLAH
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□

Selepas kewafatan Rasulullah ﷺ, Islam telah berkembang luas ke seluruh dunia. Berbagai suku kaum, bangsa, keturunan menerima Islam. Ketika ini timbul berbagai persoalan di kalangan ummat.

(1) Kebanyakan orang yang masuk Islam tidak memahami bahasa Arab.

(2) Kebanyakan orang Islam di zaman kemudian adalah orang awam yang tiada ilmu Al Qur'an, Sunnah Rasul dan tak memahami ajaran Islam.

(3) Timbul banyak persoalan2 baru yang memerlukan fatwa dan penjelasan hukum.

(4) Berlaku pertentangan di kalangan orang2 Islam berhubung dengan Tauhid dan ajaran Islam keseluruhannya.

(5) Orang2 Islam mula meninggalkan ajaran Nabi yang sebenar. Banyak berlaku penyelewengan kepada kefahaman2 batil sesat.

Maka ketika ini, Ulama2 kita mula berijtihad mengeluarkan berbagai hukum bagi menjelaskan persoalan2 semasa dan juga persoalan2 baru yang timbul.

Bahkan lebih dari itu mereka berijtihad dan kumpulkan disiplin ilmu2 tertentu lalu jadikannya suatu ilmu yang sistematik, tersusun dan mudah dirujuk oleh orang2 Islam secara umumnya.

Seterusnya mereka menjelaskan lagi secara halus pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan firqah2 yang batil dan sesat.

Dengan demikian sumber hukum kemudian dari kewafatan Nabi adalah tiga :

(1) Al-Qur'an
(2) As-Sunnah
(3) Ijma' dan Qias Ulama (Ahlus Sunnah yang siddiq)

Setiap Muslim wajib mengakui serta berpegang kepada nya. Engkar pada salah satu darinya adalah kekafiran.


🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀🌿🍀