Siri 10: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ (Siri 13)
AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH
■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ
(Siri 13)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 4: Khulafa Ar-Rasyidin pelopor Ahlus Sunnah
Poin 4: Terpelihara kesucian dan keaslian Warisan Rasulullah ﷺ
Dari merekalah (Khulafa Ar-Rasyidin) turunnya Sistem Warisan Rasulullah ﷺ kepada Generasi Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi) kemudiannya turun temurun tanpa putus dengan jalan yang benar-benar terpelihara keaslian dan kesuciannya.
Manhaj Ahlus Sunnah adalah satu-satunya Manhaj yang dibangunkan dari Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah ﷺ yang benar, yang suci bersih, tiada ternoda, tiada penyelewengan serta terpelihara sepanjang zaman sampai Qiamat. Manhaj Ahlus Sunnah tetap suci dan terpelihara keasliannya sampai Qiamat kerana ia di dalam Pemeliharaan Allah Ta'ala.
Rasulullah ﷺ bersabda:
أُوْ سِيْكُمْ بِأَصْحَابِيْ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ، وَفِيْهِ عَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ وَأِيَّاكُمْ وَالْفُرْقة فَأِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَا حِدِ وَهُوَ مِنَ الْأِثْنَيْنِ اَبْعَدُ فَمَنْ اَرَادَ بُحْبُوْحَة الْجَنَّةَ فَلْيَلْزَمِ الْجَمَاعَة (رواه التِرْمذِيُّ وَقَال حَسَنُ صَحِيْحٌ وَصَحَّحَهُ الحَاكِمُ)
“Aku berwasiat kepada kamu untuk mengikuti sahabat-sahabatku, kemudian mengikuti orang-orang yang datang setelah mereka, kemudian mengikuti yang datang setelah mereka“. Dan termasuk rangkaian hadith ini: “Tetaplah bersama al-Jama’ah dan jauhi perpecahan karena syaitan akan menyertai orang yang sendiri. Dia (syaitan) dari dua orang akan lebih jauh, maka barang siapa menginginkan tempat lapang di Syurga hendaklah ia berpegang teguh pada al-Jama’ah”.
[Imam At-Tirmizi, Imam Haakim]
Poin 5: Pembuat bid'ah sebenar adalah 72 golongan sesat
Sesungguhnya Golongan pembuat bid'ah sebenar adalah Khawarij (wahhabiyyah kini), Syi'ah (rafidhi), Muktazimah, Jabariyyah, sekular, liberal dan lainnya
Firman Allah:
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ تَكْفُرُونَ
“(Ingatlah akan) hari (Qiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): Oleh itu rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".
[Aali- Imran (3) : Ayat 106]
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
Menurut Ibn Abbas, wajah mereka yang putih berseri adalah pendokong Sunnah (Ahlus Sunnah wal Jamaah) dan muka mereka yang hitam legam adalah pendokong Bid’ah sesat [Khawarij (wahhabiyyah), Syi’ah (rafidhi), Mu’tazilah, Jabariyyah dan lain-lain berjumlah 72 golongan].
[Tafsir Qurtubi]
Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:
"Pengikut-pengikut Ahlus Sunnah akan bersinar dengan cahaya putih dan pendokong Bid'ah dan perpecahan akan menjadi gelap."
[Tafsir Ibn Kathir]
Berkata Sayyidina Abu Umamah Radhiallahu anhu:
Mereka yang wajah mereka hitam legam (merujuk Firman Allah Aali-Imran ayat 106) adalah kaum Khawarij (golongan pemberontak paling awal) dan wajah mereka yang bercahaya adalah orang-orang yang mereka bunuh.
[Imam Tirmizi]
Poin 6: Imam Abu Hasan Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi ijtihad pendirian Ahlus Sunnah
Sesungguhnya Imam Abu Hasan Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi adalah dua orang Ulama besar Ahlus Sunnah yang melakukan Ijthad menghimpunkan pendirian Ahlus Sunnah berhubung dengan Aqidah Ahlus Sunnah. Mereka tidak membuat ajaran baru.
Poin 7: Ahlus Sunnah meliputi seluruh kehidupan
Pendidikan Ahlus Sunnah merangkumi seluruh kehidupan orang Islam — Syari'at dan Toriqat, zahir dan batin, jasmani dan ruhani, ruh dan jasad.
Bersambung siri 14 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
________________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



