بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 10: Menuntut Ilmu Agama

Kewajipan Menuntut Ilmu Agama

MENUNTUT ILMU

8/2/20261 min read

Penjelasan SIRI 10:
Cara Mencari Guru Penunjuk Jalan yang Siddiq (Benar)

1. Dunia di ambang kemusnahan.
2. Dunia penuh tipu daya. Amat sukar menentukan mana hitam, mana putih. Mana yang haq dan yang batil!
3. Ikuti nasihat Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu. In Shaa Allah akan mendapat Petunjuk.

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu ‘Anhu:
"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Keruhanian (Mursyid) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan Solat Nafil (sunnat) dua rakaat di waktu malam Tahajjud, untuk memohon Petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah Menunjuk manusia suci ini yang akan memimpinnya kepada Jalan Kebenaran (Jalan Allah - Jalan Lurus, Jalan Ahlus Sunnah yang sebenar). Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia Memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan Cahaya Ketuhanan. Dengan berbuat demikian, In Shaa Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala."
[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]

■ Periksa 10 SYARAT Mursyid yang Siddiq (benar)
■ Lihat 10 TANDA Mursyid yang Siddiq (benar)
■ Solat Hajat dan Istikharah mohon Petunjuk Allah sebagaimana nasihat Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu.

========================
Jamaah Tazkirah Jilani
No. Pendaftaran: PPM-007-10-15112022
========================

TEMA: DUNIA MA’RIFAT
JUDUL: TUNTUT ILMU FARDHU 'AIN

#NurMuhammad
#AhlusSunnahYangBenar
#DuniaMakrifat
#SyariatToriqatRasulullah

#MursyidPewarisNabiYangSiddiq