بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 10: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20262 min read

Siri 10 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

8.0 Tingkatan Pencapaian Kesucian dan Taqwa Hasil Puasa Ramadhan

Bagi mereka yang dijanjikan dengan hasil puasa yang cemerlang kepada mencapai "kesucian" hati dan Taqwa, seperti yang dibincangkan pada perkara 7.0 sebelum ini, adalah ia beberapa tingkatan. Tingkatan tersebut bergantung kepada Keimanan / Tauhid yang wujud di dalam diri mereka. Sekiranya Iman/ Tauhid mereka di peringkat orang awam, maka mereka akan memperoleh hasil sesuai dengan- nya dan sesuai dengan cara mereka melaksanakan puasanya. Sekiranya mereka adalah salikin iaitu hamba2 Allah yang menempuh pada Jalan Ma'rifat, maka hasilnya lebih murni. Para Arif Billah mencapai hasil paling cemerlang.

Secara ringkas susunan tingkatan memperoleh kesucian dan ketaqwaan dari puasa adalah seperti berikut :

(1) Tingkatan Puasa Orang Awam

Sekiranya mereka berpuasa sungguh2 menepati syarat2 zahir puasa - menahan makan minum, jimak dll yang batalkan puasa. Kemudian mereka juga pelihara syarat2 batin iaitu ikhlas, jauhi semua kekejian seperti dusta, hasad dengki, mengumpat, fitnah, adu domba, kata2 keji dll. maka mereka berpeluang mencapai puasa mabrur, kesucian hati dan Taqwa.

Walau bagaimanapun bagi orang2 awam yang tiada pimpinan Keruhanian dari Guru Mursyid, mereka akan merasai sangat sukar untuk mencapai hasil cemerlang di dalam puasa. Ini kerana mereka tidak mengetahui jalan2nya. Jika mereka tahu pun teori2nya, mereka masih tertahan dari menyempurnakannya disebabkan tiada kekuatan melawan segala nafsu dan gangguan dunia. Mereka sering tewas kepada desakan sekeliling mereka.

Hal ini dinamakan oleh Imam Ghazali sebagai "Puasa orang Awam" iaitu puasa sekadar menahan diri dari makan minum dan jimak dll syarat pada hukum fiqh. Namun mereka tewas pada mematuhi syarat2 batin. Mereka tak mampu menahan lisan dari perkara2 yang merosakkan puasa mereka. Apa lagi memelihara hati dari perkara2 yang merosakkan, jauh sekali.

(2) Tingkatan Puasa Salikin

Hamba2 Allah yang menempuh jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru yang arif (Shaikh Mursyid) akan memperoleh hasil puasa yang lebih baik. Mereka dibimbing secara zahir dan juga secara batin (keruhanian) yang tidak putus. Dengan adanya bimbingan keruhanian, mereka mendapat berbagai pertolongan Allah berkat doa dan pimpinan Gurunya. Mereka akan lebih terarah kepada kebaikan dan terpelihara daripada perkara2 keburukan berbanding dengan orang awam. Dengan demikian peluang mencapai kecemerlangan puasa Ramadhan adalah jauh lebih besar berbanding dengan mereka yang tiada pimpinan Guru.

Bagi salikin terdapat tiga peringkat Pencapaian Puasa adalah sesuai dengan Maqam Tauhid yang sedia ada di dalam dirinya, iaitu...

Maqam Tauhid Af'al

Maqam Tauhid Asma'

Maqam Tauhid Sifat

Yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali "Tingkatan Puasa Orang Khawas" adalah salikin pada Maqam Tauhid Sifat

Maksud di sini walaupun salikin pada peringkat di bawah belum sampai ke maqam puasa orang khawas, namun mereka tetap akan memperoleh banyak kebaikan di bulan Ramadhan sesuai dengan maqam dan mujahadah mereka. Puasa mereka jauh cemerlang berbanding dengan orang awam yang tiada pimpinan Guru... dengan syarat :

🍁 Pertama:

Hati tetap ikhlas semata2 mencari keredhaan Allah. (bukan mencari pahala2/ bukan menuntut ganjaran).

🍁 Kedua:

Patuhi semua hukum syari'at dan adab2 keruhanian. terutama adab kepada Gurunya.

🍁 Ketiga:

Sungguh2 mujahadah.

Sekiranya salikin tidak mematuhi syarat2 tersebut, maka tiadalah beza dengan puasa orang awam.

bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁