Siri 10: Pembahagian Tingkatan Orang Beriman Atau Tauhid
Blog post description.
PEMBAHAGIAN TINGKATAN ORANG BERIMAN ATAU TAUHID
Siri 10 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi – Lahirnya Mufassir, Mujtahid dan Mujaddid Sepanjang Zaman
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Ini adalah satu lagi fakta terpenting berhubung dengan Kepimpinan Ahli Ma’rifat dan Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi yang tiada siapa pun mampu menafikannya iaitu lahirnya Ulama2 Ahlus Sunnah yang MUJTAHID dan MUJADDID sepajang zaman..!
Dari kenyataan sejarah kegemilangan Islam, TIDAK ada seorang pun Mufassir, Mujtahid dan Mujaddid (yang terkenal dengan kejujuran dan kebenarannya) lahir selain dari Madrasah Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi. Kesemua insan2 pilihan ini mempunyai pertalian kukuh dan silsilah Nubuwwah dari generasi kepada generasi sambung menyambung tanpa putus.
Mari kita perhatikan kebenarannya…!
LAHIRNYA MUJTAHID FIQH
=======================
Di antara tokoh2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang ternama :
Imam Ja’afar Siddiq,
Imam Hassan Al-Basri,
Imam Abu Hanifah,
Imam Malik,
Imam Muhammad Idris Asy- Shafi’e,
Imam Ahmad Ibn Hanbal,
Imam Izzudin Abdus Salam,
Imam Nawawi,
Imam Sayuthi,
Imam Rofi’e,
Imam Abnu Abideen,
Imam an-Nabhani,
Imam Subky,
Imam Haytami,
Imam Romli,
Imam Zaini Dahlan,
Imam Raza Khan Barelwi,
Shaikh Daud Fathoni,
Shaikh Ahmad Fathoni,
Shaikh Arsyad Al Banjari
Dan lain2 Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah sepanjang zaman yang kesemua mereka menerima asuhan dan didikan dari Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi.
Kesemua tokoh2 terkemuka Mujtahid Fiqh ini lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat, ertinya mereka memperoleh pengajaran2 berharga dari pendidikan Ma’rifat sehingga mereka juga akhirnya menjadi Ahli Ma’rifat yang sangat tinggi maqamnya yang melayakkan mereka menjadi ahli Mujtahid.
(Ingat kembali kualiti terpenting seseorang Mujtahid adalah pada “TAQWANYA, MUSYAHADAH WAJAH ALLAH, hampirnya dengan RUHANIYAH RASULULLAH, yang mana semua ini tidak mungkin diperoleh melainkan dari Madrasah Ahli Ma’rifat…!)
Cuba sebut saja mana2 Ulama Mujtahid dari keempat2 Mazhab Ahlus Sunnah, pasti di sana kita akan temui bahawa mereka adalah dari kalangan Ahli Sufi juga. Ini identity terpenting bagi membezakan antara Mujtahid Ahlus Sunnah dengan “ Ulama” tersesat golongan sesat Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Wahabiyyah dll. Kami sudah bentangkan secara jelas salah satu punca kesesatan “ulama2 batil” ini adalah kerana mereka TIDAK memiliki Ilmu Ma’rifat, TIDAK mendapat didikan dari Madrasah Ahli Ma’rifat, maka menyebabkan mereka mentafsirkan Ayat Qur’an dan Hadith mengikut aqal pemikiran yang sempit atau bisikan Iblis La’natullah. Maka jadi mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah!
Hal ini, iaitu berkenaan Ulama Mujtahid Fiqh dari kalangan Ahlus Sunnah yang zahir dari Madrasah Sufi dipaparkan di dalam berbagai Kitab Ulama kemudian dari mereka seperti di dalam kitab2 :
Durrul Mukhtar (sebuah Kitab Klasik terkemuka Fiqh di dalam mazhab Hanafi) – Imam Alauddin Haskafi,
Kashful Khafa’ - Imam Ajluni,
Qutul Qulub – Imam Abu Talib Al Makki,
Risalah Qusyairiyyah – Imam Abdul Karim Al-Qushairi
Hasyiah Ibn Abideen – Imam Ibnu Abideen,
Ihya Ulumuddin – Imam Ghazali,
Tanwirul Qulub- Imam Amin Kurdi
Sirrus Salikin – Shaikh Abdus Samad Al Falimbani.
Risalah Ma'rifat - Shaikh Yahya Al Kholidi
Mari kita perhatian sebahgian dari kisah mereka :
Imam Abu Hanifah dan Imam Malik
Berguru dan menerima Ijazah Toriqah Sufi dari Imam Jaafar Siddiq. Imam Jaafar Siddiq adalah Tokoh Ilmuan Syari’at dan Marifat yang tiada tolok bandingnya pada zaman beliau.
Perlu ditegaskan di sini, Imam Jaafar Siddiq adalah Ulama Ahlus Sunnah terkemuka dan BUKAN Syi’ah. Sepanjang hayat beliau.
Beliau TIDAK pernah mengaku Syi’ah, sebaliknya beliau mengutuk segala propaganda Syi’ah (rafidhi).
Tetapi syi’ah (rafidhi) sememangnya manusia2 tak tahu malu mengaku Imam Jaafar Siddiq sebagai Imam mereka..!
Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal
Berguru dan menerima Ijazah Sufi dari Imam Muza Kazim (anak Imam Jaafar Siddiq, seorang lagi tokoh Syari’at dan Ma’rifat ulung). Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hambal juga menerima pendidikan keruhanian dari beberapa tokoh Ahli Sufi lain seperti Syaikh Syaiban dan Imam Ma’ruf Al-Kirkhi.
Kisah Imam Shafie dan Imam Ahmad Ibnu Hanbal berguru dengan Ahli Ma’riat @ Ahli Sufi di ceritakan oleh Imam Ghazali.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya :
………………………………………
"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya : “ Bagaimana membuat itu dan ini?”
Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini?” Maka menjawab Imam Shafie :
“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”
(Imam Shafie bertemu dengan Shaikh Syaiban, seorang Ahli Sufi untuk bertanyakan masalah agama)
Imam Ahmad bin Hambal dan Yahya bin Mu’in pula selalu pergi menjumpai Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi Radhiallahu Anh padahal dalam ilmu zohir tak adalah orang lain yang setingkat dengan keduanya.
Imam Ahmad dan Yahya menanyakan : “Bagaimana berbuat ini.” ( yakni mereka bertanyakan hal2 agama dengan Shaikh Ma’ruf Al-Kirkhi, seorang Ahli Sufi yang terkenal pada zaman itu, padahal kedua mereka adalah orang yang bijak di dalam hal agama)
Sedang Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : ketika ditanyakan : Apa yang kami perbuat, apabila datang kepada kami suatu persoalan, yang kami tidak peroleh dalam kitab dan Sunnah?”
Maka Nabi menjawab :
“Tanyakan kepada orang2 soleh dan selesaikanlah dengan jalan bermusyawarah dengan mereka. (Tabarani dari Ibnu Abbas)
[Petikan dari kitab Ihya Ulumuddin]
[Penjelasan hampir serupa terdapat di dalam Qutul Qulub- Imam Abu Talib Al Makki dan Risalah Ma’rifat –Shaikh Yahya Al-Kholidi]
Imam Malik berkata :
……………………...
"Barangsiapa amalkan fiqh tanpa bertasawwuf, maka ia fasiq, dan barangsiapa yang bertasawwuf tanpa memahami fiqh maka ia zindiq. Dan barangsiapa yang menghimpun antara keduanya, maka itu yang benar.”
[Ihya Ulumuddin, Sirrus Salikin, Risalah Ma’rifat]
Dinukil dari Diwan Imam Shafie:
…………………………………...
Kata nasihat Imam Syafi’e kepada murid2nya :
“Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan juga menjalani Tasawwuf (jalan Ma’rifat – pent.) , dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya. Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu. Orang yag hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mau menjalani tasawwuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan Taqwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani Tasawwuf tapi tidak mau mempelajari ilmu Fiqih, maka bagaimana mampu dia menjadi baik.
[Diwan Imam Syafi’e]
Kata Imam Ahmad Ibnu Hanbal :
………………………………….
"Wahai anakku wajiblah di atas engkau mendampingi Ahli-Ahli Sufi itu, kerana mereka itu boleh menambahkan banyaknya Ilmu kita, menambahkan sifat takut dan taqwa kita kepada Allah Ta'ala dan Kasih kita kepada Allah Ta'ala."
[Risalah Qushairiyyah]
Imam Ajluni memetik kata2 Imam Shafie di dalam kitab beliau Kashful Khafa:
……………………………………………………
Berkata Imam Syafi’i “Saya berkumpul bersama orang-orang Sufi dan menerima tiga macam ilmu: Mereka mengajariku bagaimana berbicara, Mereka mengajariku bagaimana memperlakukan orang lain dengan kasih sayang dan kelembutan hati, Mereka membimbingku ke dalam jalan Tasawuf. (Jalan Ma’’rifat Ilahiyyah-pent).
[Kasyf al-Khafa - Imam ‘Ajluni]
Imam Ibnu Abideen, Ulama terkemuka Mazhab Hanafi menulis di dalam Hasyiah beliau :
…………………………………………………….
“Ada seseorang datang kepada Imam Nawawi dan berkata : Aku datang dari Imam Abu Hanifah, maka Imam Nawawi berujar : "Engkau telah datang dari penduduk bumi yang sangat ahli ibadah”. Daripada sinilah kita dapat mengetahui bahwa para Imam Mujtahid dan ulama yang 'amilin mereka itu sebenarnya adalah orang-orang Sufi “
[Hasyiah Ibn Abideen ]
Memadailah dengan beberapa ungkapan kata2 Ulama Ahlus Sunnah ini, bahawa sesungguhnya kesemua Ulama Mujtahid Fiqh Ahlus Sunnah yang mengijtihadkan Fiqh, adalah sebenarnya telah memperoleh pendidikan dibdalam Madrasah Ahli Sufi dan akhirnya mereka juga menjadi Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi, iaitu Ulama Warisatul Anbiya’ yang muhaqqiq.
Kebanyakan ummat termasuklah penuntut2 muda akhir zaman ini hanya mengenal mereka sebagai Ulama Fiqh kerana mereka ijtihadkan hukum2 Fiqh sedangkan hakikatnya mereka semua adalah Ahli Ma’rifat yang tinggi kedudukannya di sisi Allah Ta’ala. (Akibat dari tidak mengenali Ulama2 Fiqh Ahlus Sunnah secara dekat dan benar, maka sering terjadi kepada anak2 muda kelulusan universiti ini terjebak kepada kefaham batil wahabiyah).
LAHIRNYA AHLI MA’RIFAT YANG TINGGI MAQAM NYA.
===============================
Hal ini tak perlu dihuraikan panjang lebar lagi kerana sememangnya Madrasah Ahli Ma’rifat adalah Madrasah unggul yang diwarisi dari Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم bagi melahirkan Pengganti2 Baginda yang memiliki Ma’rifat yang tinggi, yang akan meneruskan Amanah Baginda atas muka bumi, sebagaimana huraian kita terdahulu. Merekalah yang menjadi pendidik yang melahirkan ribuan Ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman. Merekalah yang menjadi pemimpin, pembimbing dan sumber inspirasi bagi Ummat Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga Qiamat, Insya Allah.
Di antara tokoh2 hebat di dalam ILMU MA’RIFAT ILAHIYYAH yang dikurniakan oleh Allah Ma’rifat yang sangat luar biasa sehingga menjadi teladan sepanjang zaman bagi Ummat Islam adalah :
Mulai dari Khulafa’ Ar-Rashidin – Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah, bersambung kepada Ulama2 berikutnya …
Imam Ibnu Abbas,
Imam Ja’afar Siddiq,
Imam Hasan Al-Basri,
Imam Sufyan Ath-Thawri,
Imam Junaid Al-Baghdadi,
Imam Abu Yazid Al-Bustami,
Imam Ghazali,
Imam Muhyiddin Abdul Qadir Jiani ,
Imam Rifa’e,
Imam Ibnu Araby,
Imam Qusyairi,
Imam Abdul Wahab Asy-Sya’rani,
Imam Fakhruddin Ar Razi,
Imam Sayuthi,
Imam Sazili,
Imam Ibn Atho ‘Illah,
Imam Ibn Hajar Al Haithami,
Imam Al-Haddad,
Imam Ahmad Raza Khan Barelwi,
dan lain2 lagi ….
LAHIRNYA MUJADDID DARI MADRASAH AHLI SUFI
==================================
Barangkali ramai juga tidak mengetahui akan kebenaran ini bahawa MUJADDID (pembaharu kegemilangan Islam) sepanjang zaman juga lahir dari Madrasah Ahli Ma’rifat ini.
Mujaddid adalah Ulama Arif Billah yang luarbiasa kehebatannya yang dizahirkan oleh Allah Ta’ala setiap 100 setahun. Beliau memperbaharui jalan2 agama dan menghidupkan ruh agama kembali setelah ummat mengalami kemunduran. Atau pun mereka mengijtihadkan jalan2 baru, kaedah2 baru, pendekatan2 yang berbeza dari sebelumnya sesuai dengan perkembangan aqal pemikiran, perubahan lanskap kehidupan, perkembangan ekonomi dll. dengan mengambil dalil2 dari Al-Qur’an dan Sunnah dengan penuh kebijaksanaan.
Pada setiap kurun pasti ada seorang (atau lebih) Mujaddid dizahirkan oleh Allah Ta'ala untuk memurnikan kembali ajaran Islam yang mengalami kesuraman.. Dari kenyataan yang dapat dilihat pada sejarah Ummat, ada kalanya wujud lebih dari seorang MUJADDID pada satu2 zaman tertentu.
Antara sifat2 terpenting mereka adalah :
Mereka sangat mahir di dalam segenap disiplin Ilmu Syari'at dan Haqiqat, demikian juga mereka menguasai hampir semua disiplin Ilmu muamalah sehingga kepada Ilmu Perdagangan, Ekonomi , Ilmu Falak dan Pentadbiran Negara.
Dari semua kenyataan tersebut, ciri terpenting yang wajib diperhatikan sesuai dengan tajuk kita sini adalah : Semua MUJADDID ini adalah mereka itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Mereka adalah ahli Taqwa, dianugerahkan oleh Allah Maqam Nubuwwah, memliki firasat yang tajam, ahli kasyaf, dan tiada takut kepada mana2 makhluk, hanya mereka itu takut kepada Allah Ta’ala (Taqwa).
Senarai Mujaddid mengikut kurun Hijriyyah :
Kurun Pertama Hijriyyah
…………………………….
Imam Jaafar Siddiq
Imam Junaid Al Baghdadi
Imam Umar ibn Abd al-Aziz
Kurun ke-2 Hijriyyah
…………………….....
Imam Abu Hanifah
Imam Muhammad Idris Asy-Syafi`i
Kurun ke-3 Hijriyyah
……………………….
Imam Abu Hasan Asya'ari
Imam Abu Mansur Maturidi
Kurun ke-4 Hijriyyah
……………………….
Imam Baihaqi
Imam Abu Bakr Al-Baqillani
Kurun ke-5 Hijriyyah
……………………….
Imam Abu Hamid al-Ghazali
Kurun ke-6 Hijriyyah
……………………….
Imam Muhyiddin Abdul Qadir Jilani
Imam Fakhruddin ar-Razi
Kurun ke-7 Hijriyyah
……………………….
Imam Ibn Arabiy
Imam Moinuddin Chishti
Kurun ke-8 Hijriyyah
……………………….
Imam Ibn Hajar al-Asqalani
Imam Jalaluddin Bulqini
Kurun ke-9 Hijriyyah
……………………….
Imam Jalaludin Al-Suyuti
Kurun ke-10 Hijriyyah
…………………………
Imam Ibn Hajar Al Haithami
Imam Khairuddin Romli
Kurun ke-11 Hijriyyah
………………………..
Imam Ahmad Sirhindi
Imam Abdullah al-Haddad
Imam Shah Waliullah Dehlawi
Kurun ke-12 Hijriyyah
…………………………
Imam Murtadha Zabidi
Imam Shah Abdul Aziz Dehlwi
Kurun ke-13 Hijriyyah
………………………...
Imam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.
Bedi-Uz-Zaman Said Nursi
Kurun ke-14 Hijriyyah
………………………...
Imam Ahmad Raza Khan
Perhatikanlah kesemua Ulama MUJADDID yang dizahirkan oleh Allah Ta’ala sepanjang zaman. Kesemua mereka adalah dari pancaran didikan Madrasah Ahli Sufi @ Ma’rifat. Sehingga akhirnya mereka diangkat oleh Allah kepada maqam Ma’rifat yag tinggi. Dengan barakah kemuliaan itulah mereka mengatasi sekalian manusia2 pada zaman mereka masing2. Dengan kemuliaan Ma’rifat itulah mereka menjadi cemerlang dan unggul di dalam mentafsirkan Kitabullah dan Sunnah Rasul serta memberikan panduan2 kepada Ummat sesuai dengan zaman.
(Peringatan bagi yang terlupa : Ilmu syari'at yang merangkumi fiqh dan ilmu alat adalah asas mengenal agama sedangkan Ma'rifat adalah ASAS penentu kebenaran dari Allah Ta'ala. Tanpa Ilmu Ma'rifat yang tahqiq seseorang TIDAK mungkin menjadi Mujtahid apa lagi Mujaddid )
Maka renungilah, muhasabahlah diri, bagi mereka2 yang belum cukup pengetahuan akan kenyataan ini :
Sekalian keterangan di atas menjadi bukti kebenaran Ahli Ma’rifat @ Ahli Sufi @ Mursyid sebagai Ulama Warisatul Anbiya’ yang Siddiq, sekaligus sebagai pelopor, pemimpin dan pemelihara Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kenyataan ini sekaligus memadamkan kebatilan pendokong2 kesesatan dari kalangan Syiah (rafidhi), Wahabiyyah, secular atau lain2nya. Mereka tiada alasan apa pun untuk mempertahankan doktrin2 palsu mereka yang sengaja2 direka2 oleh nafsu syaitan. Dan TIDAK ada manusia Muslim pun akan terpengaruh dengan doktrin2 golongan batil ini melainkan golongan2 yang disesatkan oleh nafsu dan Iblis La’natullah. Wal Iyazubillah…!
— TAMMAT —
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴🍁🍁🍁🍁🌴🌴



