Siri 10: Syari'at Dan Toriqat Rasulullah ﷺ
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ (Siri 10)
SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
■■■■■■■■■■■■■■■■■
KEWAJIPAN AMAL
SYARI'AT DAN TORIQAT
RASULULLAH ﷺ
(Siri 10)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 3: Tanda-Tanda Ahlus Sunnah yang benar
Berikut adalah 10 tanda utama Ahlus Sunnah yang benar berdasarkan fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qdir Jilani Radhiallahu anhu, Imam Ghazali Radhiallahu anhu, Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu. Untuk keterangan lengkap sila rujuk kitab kami: ”40 Prinsip Ahlus Sunnah”
Pertama:
Meyakini bahawa satu-satunya kelompok ummat yang selamat dan dijamin Syurga adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Kedua:
Dasar pengambilan hukum adalah tiga sumber utama:
Al-Qur'an
As-Sunnah
Al-Ulama
(Ijma’ dan Qias Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar)
Ketiga:
Mengakui Mazhab Fiqh, Usuluddin dan Tasawwuf seperti berikut:
Fiqh:
●Mazhab Hanafi,
●Mazhab Maliki,
●Mazhab Syafi’e,
●Mazhab Hanbali
Usuluddin:
●Asy’ariyyah
●Maturidiyyah
Toriqat (Tasawwuf):
Mengakui 44 (empat puluh empat) Toriqat Sahih pada sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagaimana Keputusan Mu'tamar Jami'ah Toriqah Mu'tabarah Pekalongan, Jawa, Indonesia.
Keempat:
Meyakini setiap orang Islam yang mukallaf wajib mempelajari dan beramal dengan tiga macam Ilmu asas fardhu ain, iaitu:
Fiqh
Usuluddin
Tasawwuf
Kelima:
Setiap orang beriman wajib berguru kepada salah seorang dari wakil Rasulullah ﷺ yang diamanahkan untuk memimpin ummat kepada Allah. Iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Mereka adalah Warisatul Anbiya yang Siddiq (benar) dan sekaligus pemimpin Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman mulai dari Kurun sahabat Khulafa Ar-Rasyidin dan berterusan sehingga Qiamat.
Keenam:
Mengakui dan memuliakan semua Auliya Allah yang ternama.
Bersambung siri 11 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



