Siri 11: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 11 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
10.0 DI MANAKAH WARISATUL ANBIYA’ (PEWARIS NABI) YANG SEBENAR?
Pada sessi yang lalu, kita telah bentangkan dalil2 kesinambungan Risalah dan Nubuwwah di tangan Warisatul Anbiya yang Siddiq yang dipanggil Khalifah, Shaikh Mursyid, Imam, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat.
Ini yang diakui sebagai Pewaris Rasulullah yang sebenar oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman. Sedangkan selain mereka adalah dipanggil alim kitab atau alim fiqh. (Perkara ini telah ditegaskan berulangkali oleh Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Sayuthi serta Imam2 Ahlus Sunnah yang hebat2)
Dengan demikian tak berlaku pertikaian darihal perkara ini. Kecuali golongan Wahabiyah, Syi'ah, Sekular dll. tidak akui hakikat ini, tak perlu dihiraukan kerana golongan2 tersebut sudah pun terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Persoalannya sekarang………
❇Siapakah mereka?
❇Dimanakah mereka?
❇Apakah tanda2 mengenal mereka?
❇Apakah cara untuk memastikan orang yang kita jumpa itu benar2 Pewaris Rasulullah dan bukan pendusta.?
❇Adakah mereka figur politik ternama di arena antarabangsa?
❇Adakah mereka itu yang ada gelaran dato', tan sri?
❇Adakah mereka yang pandai pidato tundukkan lawan?
❇Adakah mereka itu yang hafal ribuan kitab dan mampu berhujjah?
❇Adakah mereka yang mampu menunjukkan keajaiban seperti boleh terbang di udara, boleh tukarkan kertas jadi wang dan macam2 perkara2 pelik2.. Adakah ini dikatakan Pewaris Nabi?
Jika semua itu bukan. Apakah tanda2 nya untuk kenal mereka?
Shaikh Mursyid atau dikenali juga sebagai Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi atau Warisatul Anbiya' yang siddiq (benar) mempunyai ciri2 tersendiri yang terbeza dari ustaz-ustaz biasa atau orang alim kitab biasa atau Mursyid palsu.
Untuk kenali mereka (dan seterusnya bai'at dengan mereka dan mengikuti jalan Ma'rifat,) ada dua panduan diberikan oleh Ulama Arif.
Pertama:
Kenali sifat / ciri2 mereka seperti yang disebutkan di bawah.
Kedua:
Buat solat hajat dan istikharah pada malam Tahajjud, dan mohon pada Allah menunjukki Guru Arif yang akan memimpinnya kepada Allah.
Kata Ulama Arif
Jika seseorang sungguh2 berusaha mencari Guru Mursyid dengan cara2 yang telah ditunjukki oleh Ulama, pasti ditemukan oleh Allah. Bahkan tidak mustahil Allah Ta'ala hantarkan mereka ke pintu rumah2 kalian.



