بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 11: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20262 min read

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

(Siri 11)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sambungan...

8.0 Tingkatan Pencapaian Kesucian dan Taqwa hasil Puasa Ramadhan

(3) Tingkatan Puasa Arif Billah

Arif Billah BUKAN lagi di dalam latihan atau mujahadah. Mereka telah sampai ke Hadratul Quddus, Hadrat Tuhan Yang Maha Suci, menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un.

Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh dan panjang. Mereka telah menempuh berbagai dugaan, cobaan, halangan dari anasir2 nafsu jahat, godaan iblis dan telah bebas dari gangguan2nya. Mereka telah mematahkan segala rintangan dan hijab sehingga akhirnya berada di sisi Allah menikmati keharuman Ma'rifat.

Mereka telah bebas sepenuhnya dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji), ghaflah (kelalaian). Bahkan telah fana (binasa wujud diri) dan kemudian baqa (kekal berserta Allah).

Puasa mereka mencapai kemuncak kecemerlangan kerana mereka berpuasa dengan keseluruhan diri mereka. Setiap urat nadi, setiap aliran darah, setiap turun naik nafas kesemuanya berpuasa.

Puasa Ramadhan bagi Arifbillah BUKAN suatu bebanan, sebaliknya kelapangan. BUKAN kesempitan tetapi keluasan. Rahmat Allah. Pada setiap saat mereka menikmati keindahan Ramadhan. Pada setiap saat mereka di dalam "syurga yang disegerakan", iaitu kehidupan yang diselubungi keharuman Ma'rifat.

Tingkatan ini yang dimaksudkan oleh Imam Ghazali sebagai "Tingkatan Puasa Khawasul Khawas".

Jika ditanya siapa saja mampu sampai kepada peringkat tertinggi itu?

Jawabannya: Siapa saja di kalangan Ummat Islam, baik lelaki maupun perempuan. Baik Raja atau Rakyat. Baik dia kaya atau miskin, baik dia keturunan mulia atau hina, baik dia kulit putih atau hitam, baik dia Arab atau 'Ajam.. semuanya boleh mencapainya, tetapi dengan syarat....!

Apakah syaratnya?

Syaratnya kamu mesti bersedia mematuhi Peraturan dan Adab2 Jalan Ma'rifat.

Apakah dia Peraturan dan Adab Jalan Ma'rifat?

Khazanah Jalan Ma'rifat ada pada Pewaris Rasulullah ﷺ yang sebenar, iaitu Shaikh Mursyid yang siddiq yang mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.

Mereka mewarisi Ilmu Baginda zahir dan batin, turun-temurun bersilsilah perguruan sampai Rasulullah ﷺ .

Kamu mesti merendahkan diri berguru kepada mereka. Kamu mesti sedia membuang segala ego kesombongan diri walaupun kamu seorang yang sangat banyak ilmu syari'at serta sangat mahir pidato dan berhujjah.

Kamu mesti bersedia menempuh perjuangan yang panjang. (bukan setahun, bukan dua tahun, bahkan puluhan tahun). Kamu mesti bersedia membuang segala kebiasaan2 kemanusiaan dan menjadi manusia "luarbiasa".

Kamu mesti sanggup khilwah , / suluk (seperti khilwah Rasulullah ﷺ di gua Hira') asingkan diri dari dunia masyarakat umum beberapa waktu, mujahadah melawan keinginan nafsu syahwat yang rendah - kurangkan makan, kurangkan bercakap, kurangkan tidur. Banyakkan Taubat, banyakkan zikrullah, banyakkan solawat atas Baginda Nabi ﷺ , banyakkan solat sunnat. Semua ini dengan pimpinan Guru yang arif (Shaikh Mursyid).

Jika kamu benar2 ikhlas, mendirikan hukum Sayri'at. memelihara adab2 Jalan Ma'rifat serta sungguh2 mujahadah mencari Dia, maka di sana akan terbukalah Sinar Ilahiyyah