بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 12: Bai'at

Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah

BAI'AT

8/7/20262 min read

SIRI 12 :


سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

11.0 SYARAT SHAIKH MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR)

Berikut adalah Syarat2 seorang Shaikh Mursyid/ Murobbi / Ulama Warisatul Anbiya' yg siddiq diambil dari kata2 Ulama2 terulung Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Perhatikan sungguh2 semua syarat2 ini, dan ambillah pengajarannya.


PERTAMA:

Beliau termasuk di dalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu yang dipanggil Silsilah keruhanian Nabi.

Ini bermakna beliau telah menerima Ijazah kebesaran Shaikh daripada Shaikhnya yang telah menerima daripada Shaikhnya dan seterusnya ke atas dan ke atas sehingga bertemu Rahmat-Al-Alameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.

Ini merupakan satu dari tanda2 BENARNYA seorang Shaikh Pewaris Nabi.

Sebagaimana kami pernah sebut dahulu, 'Cahaya Silasilah' bukan rekaan atau buat-buatan manusia tetapi ia adalah pancaran "Nur Muhammad" yang memancar ke dalam hati para Pewaris Nabi.

Dengan pancaran Nur inilah mereka memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.

Seseorang Guru yang tidak mempunyai silsilah keruhanian ini tidak akan mampu memimpin manusia kepada Hadrat ketuhanan kerana mereka sendiri tak pernah dipimpin dan tidak pernah sampai ke Hadrat ketuhanan, bagaimana mungkin mereka boleh memimpin orang lain....!

Seluruh Pewaris Nabi yang siddiq, yang terkenal dan diakui seluruh Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah mereka itu dari satu silsilah keruhanian tertentu yang akhirnya sampai kepada Rasulullah ﷺ. Ianya bukan rekaan atau buatan Pewaris2 ini.

Dengan demikian Silsilah yang benar ini akan tetap terpelihara sehingga akhir zaman dan orang2 yang menentangnya akan binasa. Wal Iyazubillah!

Sementara itu seseorang Guru yang mengaku Mursyid, tetapi tidak dapat membuktikan dengan menunjukkan silsilah keruhaniannya, maka pengakuan ini tidak dapat diterima. Dan kemungkinan orang ini adalah pendusta yang berpura2 menjadi Guru Mursyid.

Berkata Ghawthul A'zaham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anhu:

"Seseorang yang menjadi Shaikh kerohanian mesti memiliki lima syarat, jika tidak dia adalah penipu yang hanya memimpin kepada kebodohan. Dia mesti sangat mahir di dalam Syari'at, sementara sangat dalam pengetahuannya di dalam haqiqat. Dia mestilah sangat lemah lembut dalam perkataan dan tingkah lakunya kepada yang berhajat, selalu memuliakan tetamu2 yang datang kepadanya dengan penuh kasih sayang. Dia juga mestilah sangat 'alim dalam halal dan haram. Dia memimpin si salik pada jalan ma'rifat, sebagaimana dia sendiri telah dipimpin oleh Shaikhnya, sempurna di dalam kemurahan hatinya."

[Qala'id Al-Jawahir]

Berkata Shaikh Muhammad An-Nazili Radhiallahu Anh :

"Orang yang silsilahnya /sanadnya tidak bersambung ke hadrat Nabi ﷺ, itu terputus dari pancaran ruhaniah dan bukanlah ia Pewaris Rasulullah صلى الله عليه وسلم, (bukan Murshid) serta tidak boleh membai'at dan tidak boleh memberi ijazah."

[Khazinah Al-Asrar]

Berkata Shaikh Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi Radhiallahu Anh :

"Semua Ulama salaf sepakat bahawa orang yang silsilahnya tidak bersambung kepada Guru2 Toriqah sehingga Rasulullah ﷺ dan tidak mendapat izin untuk memimpin Ummat di majlis Toriqah, tidak boleh menjadi Mursyid, tidak boleh membai'at dan tidak boleh mengajarkan zikir dan amalan2 lain di dalam Toriqah."

[Jami' Usul Fil Aulia]

Demikianlah jelasnya setiap Guru Murshid wajib mempunyai silsilahnya sampai Rasulullah ﷺ dan beliau sendiri pernah dipimpin pada Toriqah Sufiyyah di bawah pimpinan Shaikhnya sehingga wusul (sampai) kepada Allah.

Maka sesiapa mengaku Shaikh Mursyid @ Pewaris Nabi TIDAK dapat buktikan Silsilah Keilmuan sampai Rasulullah ﷺ maka dia BUKAN Warisatul Anbiya'.