بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 12: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20261 min read

Siri 12 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

9.0 Rahsia dan Hakikat Idul Fitr

Setelah selesai puasa Ramadhan, seluruh ummat Islam menyambut Hari Raya Puasa yang di sebut juga 'Idul Fitr.

●Apa ada pada 'Idul Fitr?

●Bagaimanakah cara menyambut 'Idul Fitr?

●Bagaimanakah orang awam menyambut Idul Fitr? Apakah bezanya dengan cara sambutannya oleh Salikin dan Arifin?

●Apakah sebenarnya rahsia yang terkandung di dalam makna "menyambut" dan "sambutan" 'Idul Fitr menurut pertimbangan Ahlul Haqq?

Sesiapa sudah memahami makna Taqwa menurut pendirian Ahlus Sunnah sebagaimana yang telah di- jelaskan sebelum ini, dan sudah memahami juga puasa Ramadhan sebagai salah satu ibadah yang menerbitkan Taqwa, maka mudah baginya memahami kaitan antara Ramadhan dan 'Idul Fitr.

Secara ringkasnya Rahsia 'Idul Fitr' berkait rapat dengan hasil puasa Ramadhan. Ia adalah adalah Hari Kemenangan bagi orang2 yang telah mencapai TAQWA hasil dari puasa 30 hari Ramadhan. Atau meningkat TAQWA NYA dari peringkat yang rendah kepada peringkat TAQWA yang lebih tinggi.

Ungkapan kata “Fitr” adalah fitrah insan Iaitu “suci bersih” laksana kain putih atau laksana “kapas putih” atau laksana “bayi” yang baru lahir.

Ertinya orang yang telah menyempurnakan puasanya dengan mematuhi syarat2nya yang zahir dan batin, maka layaklah dia mencapai kesucian tersebut, kembali kepada fitrah kejadiannya sebagaimana di alam NUR, suci dari noda dan dosa…!

Di alam Nur, ketika “ruh” insan masih berada di sisi Allah Ta’ala, ianya sangat suci murni, tiada noda, tiada dosa. “Ruh” insan ini menghadap Allah Ta’ala dan memujinya setiap saat.

Maka demikianlah keadaan hamba2 Allah yang telah suci “hati” dan “ruhnya” sebaik sahaja selesai menunaikan Ibadah Ramadhan. Keadaannya sama! Maha Suci Allah, betapa kemurahan Allah Ta’ala kepada Ummat Nabi Muhammad…!

Namun persoalannya, adakah kita telah mendapat rahsia ini?

Orang Arif dapat melihat tanda2 " kesucian ini " pada diri seseorang hamba Allah yang benar2 telah bersih hati nya hasil mujahadah di bulan Ramadhan.