Siri 13: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 13 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid
11.0 SYARAT SHAIKH MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan
SYARAT KE-2
Alim di dalam Syari'at - Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mahir di dalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi .
Seorang Shaikh yang benar adalah seorang yang sangat mahir di dalam hukum-hakam agama dan beliau dapat membezakan di antara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.
Dan seluruh pembawaannya terikat kepada Al Qur'an, Sunnah dan Ijma Qias Ulama Ahlus Sunnah.
Sila rujuk dalil ini dari kata2 Al Ghawth Imam Jilani pada Syarat 1 di atas.
SYARAT KE-3
Mahir di dalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.
Seorang Pewaris Nabi yang sebenar adalah beliau terdidik dengan Ilmu keruhanian di bawah bimbingan Guru / Shaikhnya sehingga beliau mendapat curahan berbagai Hikmat Ilahiyyah serta kebijaksanaan.
Beliau mestilah orang yang telah sampai kepada Maqam Mushahadah (penyaksian wajah ketuhanan) serta sentiasa di dalam bimbingan Rasulullah ﷺ.
(Hal ini disahkan oleh Guru yang memimpinnya, BUKAN andaian sendiri atau angan2 - untuk keterangan Lanjut Rujuk Siri Tingkatan Iman /Tauhid)
Sifat ke-3 ini antara sifat terpenting, iaitu Musyahadah Zat (penyaksian wajah Tuhan dari pandangan ruh) dan Pimpinan Rasulullah ﷺ kerana tanpa sifat2 istimewa ini, tiada bezanya dengan ustaz ustaz biasa, tiada beza dengan orang alim fiqh / alim kitab.
Shaikh Mursyid mesti seorang yang sangat mahir di dalam hal ehwal keruhanian, diberi ilham dan kasyaf oleh Allah Ta'ala untuk memimpin keruhanian murid2nya serta menangkis semua macam gangguan jinn dan syaitan yang cuba menggodanya sehingga salikin (murid ) selamat sampai kepada Maqam2 Tauhid yang suci murni.
Alim kitab, orang kelulusan Universiti yang memiliki berbagai ijazah PhD, Ijazah, Profesor, Ahli Usuluddin, Mufti, Pegawai2 Agama atau cendikiawan agama yang lain2 TIDAK akan mampu melakukan semua ini kerana mereka tiada pengetahuan tentang rahsia2 Ma'rifat ini. Sedangkan yang benar adalah: Sekalian orang alim ini (alim fiqh semata) mereka sendiri memerlukan asuhan seorang Mursyid, untuk memperoleh Maqam2 Tauhid yang suci.
Jadi kamu melihat di sini, tujuan Shaikh Mursyid yang sebenar adalah mendidik hati dan ruh kamu berdasarkan Syari'at dan Toriqat sehingga kamu benar2 memperoleh hati yang suci murni dari Bahrul Ahadiyyah Allah Ta'ala.
Maksudnya, dari hati dan ruh yang suci murni, akan terpancarlah Tauhid yang suci murni tanpa sebarang syirik (syirik khafi) atau mazmumah apa pun. Dan jadilah kamu memperoleh ubudiyyah (ibadah yang penuh ketundukan kepada Allah) yang benar2 ikhlas.
Sila rujuk dalil ini dari kata2 Al Ghawth Imam Jilani pada Syarat 1 di atas.



