بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 13: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa

Blog post description.

MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA

8/16/20262 min read

Siri 13 :

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

10.0 Cara menyambut 'Idul Fitr’

Cara Ummat Islam menyambut ‘Idul Fitr berbeza2 mengikut darjat / tingkatan Imannya sebagaimana juga darjat dan nilai puasa seseorang bergantung kepada tingkatan Iman dan cara dia menyempurnakan Ramadhan.

Bagi kebanyakan orang Islam, apabila tamat bulan Ramadhan, maka telah selesailah mujahadah. Masing2 akan berasa lega kerana tak perlu mengikat perut dan kemahuan / keinginan diri. Masing2 akan terasa bebas tak perlu terikat dengan berbagai pantang larang.

Ini berbeza sama sekali dengan tuntutan sebenar Idul Fitr.

Bagi Arif Billah, Ulama yang mengenal Allah dan mengetahui rahsia2 Tauhid dan Ubudiyyah, ‘Idul Fitr adalah tabir pembukaan bagi kesucian, melaluinya akan membawa hasil mujahadahnya berterusan sepanjang bulan2 berikutnya. Ramadhan tidak tamat dengan ‘Idul Fitr sebaliknya ‘Idul Fitr adalah sebuah lagi pintu bermulanya kehidupan istimewa “kembali kepada fitrah”(kesucian).

Ertinya hikmah Ramadhan bagi hamba2 Allah yang telah suci hatinya akan berlanjutan sepanjang tahun. Tamatnya Ramadhan tidak memutuskan mujahadah bagi ahli salikin yang menuntut Wajah Allah.

Orang yang benar2 memperoleh TAQWA dan kemanisan UBUDIYYAH akan melihat dan memperoleh kegembiraan hasil puasanya.

✨🕌✨Rasulullah ﷺ bersabda :

Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya.

[Imam Muslim ]

Zahir makna kegembiraan yang disebut oleh Nabi di dalam Hadith di atas biasa difahami adalah :

"mereka yang berbuka dapat meni’mati kelazatan makan minum."

Tetapi makna sebenar dari sudut keruhanian yang suci adalah sebagaimana digambarkan oleh Imam Jilani di dalam Kalam Hikmah nya :

Berkata Sulton Auliya Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه, :

“Puasa menurut Syari’at tertakluk kepada masa dan waktu, tetapi puasa rohaniyyah waktunya dalah sentiasa dan terus-menerus sepanjang hayat di dunia hingga akhirat. Inilah puasa yang hakiki seperti yang dikenal oleh orang2 yang bersih hati dan jiwanya. Puasa itu adalah pembersihan atas pembersihan!

Beliau berkata lagi :

Orang berpuasa mendapat 2 keseronokan.! Orang awam berkata bahawa keseronokan pertama ialah dapat makan dan minum. Maksud keseronokan ‘tatkala melihat’ adalah tatkala melihat anak bulan Syawal untuk berhari raya. Bagi orang yang Arif dengan maksud yang batin dari puasa itu berkata, bahawa keseronokan berbuka puasa ialah tatkala si Mu’min memasuki syurga dan menikmati segala yang ada di dalamnya. Adapun maksud ‘tatkala melihat’ itu pula ialah ; apabila mereka melihat Allah dengan mata hati yang batin!"

[Sirrul Asrar]

Syarah / Penjelasan kata2 hikmah Imam Jilani di atas:

Pengertian “berbuka”

Makna pertama “berbuka” yang biasa difahami iaitu semasa di dunia, orang yang berpuasa akan merasai kegembiraan dengan sebab menikmati makanan ketika “berbuka” (buka puasa). dan seterusnya keseronokan dapat makan minum pada Hari Raya / Idul Fitr

Makna kedua, iaitu makna yang hakiki bagi orang Arif adalah : “berbuka” adalah semasa mereka diberi ni’mat kelazatan syurga di akhirat.

Pengertian “melihat”

Makna “melihat” pada orang awam adalah : Melihat anak bulan dan kegembiraan Hari Raya.

Sedangkan makna “melihat” bagi pada sisi ahli TAQWA adalah : Melihat Wajah Allah ketika hidup di dunia ini lagi, iaitu melihat Allah melalui pandangan mata hati dan pandangan ruh dan pandangan Sirr (menurut maqam masing2) .

Inilah yang dipanggil Tauhid yang hakiki, Tauhid sebenar yang terpancar dari jiwa yang suci. Semua orang Islam mampu mencapainya. (Tauhid yang suci murni). Bahkan wajib berusaha sungguh2 mencapainya kerana sebelum mencapai Tauhid yang suci murni ini, hati seseorang itu sentiasa terumbang-ambing antara Tauhid dan syirik khafi (syirik tersembunyi).