Siri 14: Bai'at
Keutamaannya Menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah
BAI'AT
SIRI 14 :
سْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bai’at berganding rapat dengan Shaikh Mursyid yang siddiq (benar) maka wajib mengetahui sifat2nya agar tidak tertipu dengan Mursyid Palsu atau orang sesat yang menyamar sebagai Mursyid
11.0 SYARAT SHAIHK MURSYID @ WARISATUL ANBIYA’ YANG SIDDIQ (BENAR) - sambungan
SYARAT KE-4
Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi.
Sifat ini merupakan penjagaan yang amat penting.
Seorang Shaikh wajib mematuhi hukum2 yang termaktub di dalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari'at ; sama ada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya sendiri secara terang2an atau mengadakan/anjurkan perkara2 yang bertentangan dengan hukum Islam. Atau terlibat di dalam menyokong Majlis Mungkar. Semua ini TIDAK layak bagi Mursyid.
[Perhatian: Maksud pelanggaran hukum syariat, adalah hukum2 yang telah disepakati oleh Ulama2 Mu'tabar sebagai haram, dan bukan masalah khilafiyah. Jika suatu hukum masih di dalam perseliliham Ulama, lalu seorang Mursyid pegang pada satu pendapat. maka ini TIDAK boleh dihukum melanggar hukum syari'at]
Apabila seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang2an atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelakan mereka melakukan perkara ma'siat, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh. Bahkan para Imam kita menggelarkan mereka sebagai penipu dan pengikut Iblis dan Istidraj! Wal Iyazubillah!
Berkata Shaikh Hujweri Radhiallahu Anh:
"Seorang Murshid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syariat dengan tegas tanpa berbelah bahagi. Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq. Seorang Murshid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari'at serta mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya. Orang seperti ini bukanlah Murshid (Shaikh) tetapi pengikut Syaitan dan musuh Islam.
[Kashful Mahjoob]
Dengan demikian WAJIB seorang Murid menjauhkan diri daripada orang yang mengaku Mursyid tetapi melakukan penyelewengan di dalam Syari'at. Bahkan HARAM mengikutinya lagi.
Umpamanya ada orang menyamar menjadi Mursyid, mengaku boleh melakukan zina kerana telah sampai maqam tinggi. Maka tidak syak lagi dia adalah pendusta yang hanya pura2 menjadi Mursyid.
SYARAT KE-5
Da'wah (menyampaikan) Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar_
Shaikh Mursyid adalah penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, maka sudah semestinya beliau menjunjung tinggi amanah ini.
Seorang Shaikh Mursyid sangat terlatih untuk sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan, melalui nasihat2, teguran2 dan amaran2 kepada murid2nya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.
Sepanjang sejarah islam, Para Pewaris Nabi ini telah terkenal dengan Da'wah mereka kepada Ummat Islam. Mereka sering memberi amaran2 kepada semua manusia, termasuk pemerintah2 yang melakukan pelbagai kezaliman.



