Siri 14: Muhasabah Diri: Tiga Tingkatan Orang Berpuasa
Blog post description.
MUHASABAH DIRI: TIGA TINGKATAN ORANG BERPUASA
Siri 14 :
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
11.0 Realiti Zaman - Kebiasaan Menyambut Ramadhan yang Merugikan
Setiap perkara kebaikan, pasti ada musuh2 yang cuba menghalangnya. Akan timbul musuh2 di dalam diri manusia dan anasir-anasir luar cuba hapuskan kebaikan dan kelebihan yang dijanjikan, dengan cara memesongkan orang beriman dari landasan kebenaran.
Perkara2 berikut ini perlu diperhatikan oleh setiap orang beriman agar kelebihan dan keutamaan Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah tidak terhapus disebabkan kelalaian dan musuh2 yang tak disedari.
Pertama :
Berbuka puasa di Hotel / Restoran Mewah dengan bayaran mahal.
Satu ketika dahulu, Masjid dan surau mengadakan jamuan berbuka bagi ahli qariah setempat, musafir dan faqir miskin. Cara ini adalah amalan yang sangat terpuji. Berdasarkan berbagai sumber dalil Qur'an, Sunnah dan Fatwa Ulama, kita faham berbuka secara berjamaah seperti ini adalah sangat bermanfaat.
Namun dewasa ini, berbagai pihak menganjurkan cara berbuka puasa di hotel2 mewah atau di restoran mewah sehingga berhabisan ratusan ringgit bagi setiap orang.
Adakah ini memenuhi syarat dan adab berpuasa? Adakah ini caranya Allah Taala fardhukan puasa Ramadhan? Agaknya dengan cara ini kita mampu meraih TAQWA?
Yang sebenarnya amalan seperti ini sangat merugikan ummat dipandang dari beberapa sudut pandangan.
(1) Hilang ruh puasa.
Salah satu tujuan puasa adalah melatih diri dengan qanaah (berpada dengan yang ada), sedikitkan makanan, banyakkan sedekah kepada faqir miskin dll.
Bayangkanlah wang yang dibelanjakan berjumlah beribu-ribu ringgit untuk berbuka sedangkan jumlah tersebut dapat menampung perut ramai anak yatim dan faqir miskin. Tetapi semua itu dihabiskan pada satu malam sahaja.
(2) Menimbulkan riya' dan kesombongan
Berbuka puasa dengan bayaran mahal di hotel2 yang ternama akan menimbulkan sifat2 riya' dan takabbur. Sedangkan salah satu tujuan puasa adalah melatih diri hapuskan sifat riya' dan takabbur.
(3) Pembaziran
Berapa banyak seseorang yang dapat makan ketika berbuka?
Mungkin separuh atau kurang dari makanan yang disediakan itu dapat dihabiskan. Selebihnya akan terbuang begitu sahaja. Maka jadilah pembaziran. Sedangkan membazir itu kawan syaitan.
Kedua :
Buffet - Bercampur baur lelaki wanita
Bercampur aduk antara lelaki dan wanita ketika berbuka puasa secara “buffet” atau berbuka ramai2 di tempat khas. Sepanjang hari tahan lapar dan dahaga. Ketika berbuka secara “buffet” campur aduk antara lelaki dan wanita, segala kelebihan puasa lebur bagai debu…!
Ketiga:
Pesta Solek, Dedah aurat di Bazzar Ramadhan.
Wanita muda (dan juga tidak ketinggalan sebahagian yang wanita tua) berhias2 diri, bersolek, memakai pakaian dedah aurat, memakai wangi2an ke Pasar Ramadhan. Apa jadi kepada puasa?
Keempat:
Fitnah, Adu Domba, Mengumpat, Caci maki.
Kebiasaan di luar Ramadhan seperti mengumpat, adu domba, mencaci maki, memfitnah, berdusta yang diharamkan dll sepertinya tetap menjadi “makanan” di dalam Ramadhan bagi orang yang sudah terbiasa dengannya. Dengan sifat seperti ini, dapatkah meraih puasa mabrur dan TAQWA?
Kelima:
Kurang atau tiada sedekah kerana pentingkan diri sendiri.
Kita dianjurkan banyakkan sedekah dan memberi makan kepada orang berpuasa, terutama kepada faqir miskin. Bagaimana ini dapat berlaku jika masing2 sibuk mementingkan makan minum yang mewah2?
Keenam:
Kelalaian dengan muzik, drama, cakap sia2, debat sia2.
Kelalaian dengan perkara2 yang tiada faedah, seperti bercakap sia2, debat sia2, menonton drama, asyik dengan muzik dsb menghilang keberkatan dan nilai puasa.



