بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Selamat datang ke laman rasmi Pertubuhan Jamaah Tazkirah Jilani, sebuah wadah penyebaran Ilmu, tazkirah, tarbiah dan bimbingan keruhanian
berdasarkan pendirian Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, iaitu: Berpegang teguh kepada Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ, Ijma' Qias Ulama Mu'tabar serta
berpegang teguh kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Siri 14: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

1 min read

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bab 5: Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fasal 3: Fakta-Fakta Penting Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

Fakta 12 : Khulafa Ar-Rasyidin - Generasi Pertama Mursyid

Generasi Mursyid yang pertama adalah sekalian Khulafa Ar- Rasyidin — Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina 'Ali Ridhwanullahi alayhi ajma'in. Kemudian diikuti Generasi Tabi’in, kemudian diikuti Tabi’it-Tabi’in, kemudian diikuti generasi Imam dan Masyaikh berikutnya sebagai Mursyid sambung-menyambung, yang di-Pilih khusus oleh Allah sampai Qiamat.

Sesungguhnya Khulafa Ar-Rasyidin — Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali Ridhwanullah adalah Generasi Pertama Mursyid. Kunci memahami hal ini adalah pada ungkapan "Ar-Rasyidin".

Istilah "Ar-Rasyidin" bermaksud "Guru-guru yang rasyid" atau Pemimpin-pemimpin yang "rasyid" .... yang menunjukki Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran, Jalan Ahlus Sunnah yang benar. Yang dimaksudkan dengan " Jalan lurus " adalah " Jalan Allah " sepertimana yang ditunjukki oleh Rasulullah ﷺ dan pimpinan Baginda ke atas sekalian Sahabat Baginda ﷺ

Generasi Kedua Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Ulama Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Khulafa Ar-Rasyidin yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.

Generasi Ketiga Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Tabi'it-Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'in yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.

Generasi Keempat Mursyid yang Siddiq (Benar) adalah Imam-imam, Masyaikh kemudian yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'it Tabi-in yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.

Generasi Kelima Mursyid yang Siddiq (Benar) dan seterusnya ke bawah dan ke bawah menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Shaikh yang sebelumnya yang menerima isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.

Beginilah berlakunya perlantikan Mursyid-mursyid yang Siddiq (Benar) sepanjang zaman sehingga ke hari ini dan seterusnya hingga hari Qiamat tiada putus. Iaitu perlantikan itu semata-mata Kurnia Allah kepada seseorang hamba Allah yang telah mujahadah pada waktu yang sangat panjang dengan pimpinan Mursyidnya sehingga dia menewaskan sekalian nafsu-nafsu kejahatan di dalam dirinya, menewaskan nafsu keduniaan, menewaskan tipu daya iblis dan syaitan sehingga akhirnya sampai ke Hadratul Quddus — Hadrat Tuhan Yang Maha Suci, sehingga Allah Ta'ala Redha serta berkenan mengangkatnya menjadi Warisatul Anbiya atau Pewaris Nabi yang Siddiq.

Bersambung siri 358 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

■■■■■■■■■■■■■■■■

KEWAJIPAN AMAL

SYARI'AT DAN TORIQAT

RASULULLAH ﷺ

(Siri 357)

■■■■■■■■■■■■■■■■■